OH TRENDING

Video: “Mana U nak Lari Lagi, Peguam I pun Dah Contact You..” Marah Betul ni

Terdahulu, SELEPAS enam tahun dikurniakan zuriat pertama, pengacara terkenal Awal Ashaari mengumumkan dia dan isteri Scha Alyahya bakal menimang cahaya mata kedua.

Pasangan popular itu berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram pada Khamis.

Pada muat naik tersebut, Awal menyatakan bahawa kandungan Scha kini sudah hampir memasuki empat bulan.

Awal juga memohon agar peminat mendoakan isterinya dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna dan anak dalam kandungannya selamat.

Untuk rekod, anak sulung pasangan itu, Lara Alana, dilahirkan pada 2014.

Tahniah daripada kami buat Scha dan Awal.

Menurut Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 39, kelakuan isterinya juga tidak seperti kebiasaan ketika sedang hamil.

“Kehamilan dia kali ini agak teruk berbanding sebelum ini.

Kalau masa mengandungkan Lara, lepas tiga bulan dia dah okey.

Tapi sekarang dia masih muntah, perut berangin dan lenguh-lenguh badan.

Awal dan Scha bakal timang anak kedua pada Februari tahun depan.

“Tapi harap-harap tak berpanjangan sampai sembilan bulan sebab memang ada orang alami alahan sepanjang proses kehamilan.

Scha ni kalau hamil memang dia berubah menjadi orang lain. Dia akan jadi lebih pendiam.

“Masa tiga bulan kehamilan, Scha memang langsung tak sentuh handphone dan apabila tengok TV pun, dia akan tutup suara.

Sebab dia rasa macam rimas dan sensitif dengan bunyi,” kata Awal kepada mStar.

Pengacara program Melodi itu ditemui ketika majlis pernikahan pelakon Mira Filzah dan Wan Emir Astar di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Menerusi laporan mStar pada 6 Ogos lalu, Awal mengumumkan dia bakal menimang cahaya mata kedua apabila isterinya Scha Alyahya hamil empat bulan.

Dalam pada itu, Awal mendedahkan anak sulungnya iaitu Lara Alana kini masih dalam proses untuk belajar menerima kehadiran adik baharu.

“Lara sekarang dalam proses nak belajar untuk terima adik sebab dia tengah rasa takut nak berkongsi.

Lara juga pernah tanya dekat saya, babykeluar nanti akan beli mainan dan ada bilik sendiri tak.

Awal dan Scha lebih beri perhatian kepada Lara.

“Malah, nama adik pun dia tak bagi mula dengan huruf L atau guna nama Lara.

Dia banyak tanya supaya semua benda itu tidak perlu kongsi.

Tapi sekarang ini, saya dan Scha lebih manjakan dan sayang dia.

“Kalau kami beli sesuatu untuk Lara, kami akan cakap barang itu hadiah daripada adik dia.

Supaya dia rasa adik pun sayang dia,” ujarnya.

“Sampai bila you nak lari, my lawyer dah contact”

Pengacara terkenal Awal Ashaari diketahui
ramai dah beli rumah baru.

Kalau tengok, sebelum ada beberapa video yang menunjukan perjalanan Awal Ashaari dan Scha Alyahya membeli rumah.

Beli perabot, pasang aircond dan ada buat renovate rumah berkenaan.

Namun pada beberapa hari yang lalu, ada
cerita kurang enak didengari.

Melalui laporan portal Hot FM, Awal ada luah rasa tidak berpuashati di laman media sosial.

Awal Ashaari telah meluahkan rasa tidak
puas hatinya terhadap satu syarikat perabot yang dilihat agak popular juga di laman media sosial.

Menerusi Ig story, Awal ada muatnaik
perbualan whatsapp di antara dirinya dengan seorang individu dari syarikat
berkenaan.

Jelas Awal, dia sudah beri wang kepada
syarikat berkenaan, namun kerjanya masih belum siap dan tergendala.

Ini tulis Awal Ashaari: “If you think it is an amount that you cannot afford to pay, please communicate.

Do not run away with your continued silence like this. It’s not nice, it’s not professional“.

Menerusi perbualan itu, mesej Awal telah dibalas semula oleh individu berkenaan dan hanya berkata: “Okey Awal”.

Setelah sebulan, ianya masih belum selesai
dan Awal menyatakan tiada perkembangan lanjut.

Malah Awal sudah meminta lawyer
mewakili dirinya menghubungi individu berkenaan namun gagal dihubungi.

Dah sebulan sejak last mesej ‘okey awal’. Sampai bila awak nak lari dari client awak ni.

My lawyer pun tak dapat nak hubungi awak. Macam ni ke handle client. Lari dari masalah, lari dari duit client”.

Sementara itu, ada netizen yang bertanya
apa sebenarnya yang terjadi sebab dia pun nak guna service dari syarikat berkenaan.

Awal telah memberi respon bahwa dia dah bayar duit namun kerja masih belum lagi siap.

Ini jelas Awal Ashaari lagi: “Dah bayar rumah tak siap. Nak discuss, tak bagi kerjasama, you decide”.

Syarikat berkenaan belum beri sebarang
kenyataan berkenaan hal ini. Diharapkan semuanya dapat selesai dengan cara
baik.

Untuk pengetahuan, Awal Ashaari dan Scha
Alyahya kini sedang menunggu anak kedua.

Sudah tentunya mereka mahu rumah baru
ini siap sebelum lahirnya anak kedua itu nanti. Semoga dipermudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *