OH TRENDING

Sedang Hangat Bercinta, My Manja Boy Ruhainies Perjlaskan Hubvngan Mereka

KEK berwajah Mak Nyah, buruk dan tak cantik.

Itu antara komen diberikan warganet terhadap kek hari jadi pemberian peminat iaitu Syauki Khozaid kepada pelakon, Ruhainies.

Sambutan hari jadi ke-27 yang dibuat tiga hari awal itu tular apabila Ruhainies memuat naik gambar bersama kek yang dikatakan dibuat khas menyerupai wajahnya.

Malangnya, kek itu dikatakan tidak menjadi, malah jauh beza berbanding wajah sebenar Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas.

“Janganlah hina kek hari jadi saya. Saya sangat hargai hasil kerja peminat saya itu.

Saya memang tidak menjangka sama sekali ia akan tular. Lebih teruk apabila orang cakap ia macam muka Mak Nyah Thailand.

“Saya okay saja sebab anggap ia usikan netizen.

Tapi, saya kasihan pada Syauki kerana hasil kerjanya dihina.

Bagi saya, dia sudah buat yang terbaik kerana rasanya sangat sedap. Kek pun habis dimakan,” katanya kepada Harian Metro.

Ruhainies berkata, dia tidak pernah memilih soal hadiah yang diberikan peminat terhadap dirinya.

“Saya tak pernah berharap atau minta peminat berikan hadiah, malah jauh sekali nak mereka buat kejutan setiap kali hari jadi saya.

Tapi, kalau ada juga, saya menghargai setiap usaha mereka.

“Seperti yang dibuat baru-baru ini, saya memang tidak tahu-menahu.

Mereka sanggup datang ke Pulau Pinang dan buat kejutan untuk saya. Itu sangat menyentuh hati saya,” katanya

Saya Cuma nk Kakak Bahagia

“Kakak sangat perahsia dalam hal berkaitan urusan peribadi.

Bukan hanya dengan orang luar, tetapi kami sebagai ahli keluarga juga tidak banyak tahu mengenai jejaka yang bertakhta di hatinya”.

Demikian ulas pelakon, Ruhainies ketika ditanya mengenai kakaknya, Risteen Munim yang masih merahsiakan identiti kekasih baharunya.

Ini selepas hubungan cinta selama tujuh tahun dengan pelakon dan ahli perniagaan, Ikhwan Khairuddin, berakhir.

Meskipun ramai mengandaikan jejaka itu ialah pelakon, Isa Khan, Risteena memilih untuk mengunci mulut dan hanya akan berkongsi mengenai kisah percintaannya apabila tiba masanya kelak.

“Risteena lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya.

Siapa juga jejaka yang menjadi pilihannya, saya tetap akan mendoakan kebahagiaan Risteena.

“Sebagai adik, saya menyokong apa sahaja keputusannya kerana mahu lihat dia gembira dengan insan yang disayangi.

Dia berhak mencari kebahagiaannya,” kata Ruhainies.

Ditemui pada majlis perasmian butik kecantikan dan hiasan dalaman, My Beaute Village di Puchong, semalam, Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 27, berkata keluarganya kini memberi lampu hijau untuk dia melunaskan perancangan masa depannya.

Ruhainies berkata, sebelum ini, ibunya mahu dia terlebih dahulu memberi laluan kepada kakaknya untuk mendirikan rumah tangga.

Namun kini berubah fikiran dan tidak menghalang jika dia sudah bersedia menjadi isteri.

“Memang kalau boleh saya tidak mahu langkah bendul, malah mama juga pernah meletakkan syarat supaya menanti segala urusan peribadi kakak selesai.

Tetapi, kini mama sudah memberi lampu hijau jika ditakdirkan jodoh saya datang dahulu.

“Cuma, saya dan kekasih tidak mahu terburu-buru dalam soal perkahwinan.

Biarlah kami kejar cita-cita dahulu sebelum memikirkan perancangan berumah tangga,”

Ruhainies berkata yang sudah tahun menjalin cinta dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Mr E.

Ruhainies ketika ini sibuk dengan penggambaran filem Seandainya Kau Ada terbitan Zeel Production, bergandingan dengan Fendy Bakry.

Ia turut dibintangi Mira Filzah dan Aidit Noh.

Sedang Hangat Bercinta, My Manja Boy Ruhainies Perjlaskan Hubvngan Mereka

Aksi mesra membabitkan pelakon popular,

Ruhainies dan Zul Ariffin yang dimuat naik di Instagram menimbulkan persoalan peminat adakah mereka sedang h4ngat bercinta.

Namu, tidak kurang juga yang menyifatkan video, gambar dan keterangan yang ditulis pada setiap hantaran adalah ‘over’.

Ruhainies berkata, dia tidak kisah persepsi yang dilemparkan peminat selain mengakui selesa berlakon dengan Zul.

“Saya tak kisah orang nak kata cinta lokasi atau apa. Bagi saya ia adalah perkara biasa.

Mana-mana penggambaran pun, orang akan buat spekulasi sama malah peminat mengharapkan hero dan heroin bersatu secara realiti.

“Saya okay saja dengan persepsi mereka. Apa yang penting saya sudah buat kerja. Diakui,

berlakon dengan Zul sangat mudah. Sebelum ini saya dengar Zul seorang yang gar4ng dan macam-macam lagi.

“Tapi, apabila mula berlakon sama, dia sebaliknya. Dia jenis ‘happy go lucky’, kelakar dan kami sekepala.

Memang seronok dapat berlakon bersama. Suka berkawan dengan dia,” katanya.

Menurut Ruhainies, bekerjasama dengan pelakon, pengarah dan pasukan yang bagus adalah satu rezeki dalam bekerja.

Bukan saja pelakon yang ‘best’, tapi pengarah dan kru juga ‘best’.

Bagi saya ini satu rezeki dalam bekerja. Tak sedar kami dah nak habis ‘shooting’,” katanya.

Drama Wifi Sebelah Rumah yang bakal ditayangkan di TV3 itu adalah gandingan pertama Ruhainies dan Zul.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *