OH TRENDING

Safawi Baru je Lebarkan Sayap ke Portugal, Sekali Jurulatih Bongkarkan Sesuatu yg Mengejutkan

Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid bakal menjadi pemain paling mahal di Asia Tenggara.

Ini jika dia mampu membuktikan keupayaan bersama kelab liga utama Portugal, Portimonense SC.

Memetik laporan Harian Metro, nilai penyerang kebangsaan yang berasal dari Dungun, Terengganu itu boleh meningkat sekali ganda selepas menempatkan diri dalam pasukan di Eropah.

Ketika ini, mengikut www.transfermarkt.com, tanda harga Safawi mencecah 300,000 pound (RM1.6 juta).

Dan nilai terbabit akan meningkat hingga RM3 juta jika dia terus kekal beraksi bersama kelab terbabit atau dilamar kelab gergasi Eropah.

Perkara terbabit diakui Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah apabila melihat ketika ini hanya Safawi saja pemain Asia Tenggara bermain di liga utama Portugal itu.

Beliau berkata, menerusi kemampuan yang dimiliki Safawi, tidak mustahil dia boleh bersaing dengan pemain lain.

Selain yakin tidak berdepan sebarang masalah untuk kekal beraksi di Eropah.

“Saya tidak menolak kemungkinan Safawi boleh menjadi pemain paling mahal di Asia Tenggara.

Lebih-lebih lagi jika dia beraksi cemerlang bersama kelab terbabit.

“Jika mengikut anggaran, gaji seorang pemain Asia di Liga Portugal adalah dalam lingkungan AS$7,000 hingga AS$15,000 sebulan iaitu bersamaan RM30,000 hingga RM70,000.

“Gaji Safawi mungkin boleh mencecah RM70,000 berdasarkan prestasi semasa, namun perkara terbabit adalah subjektif dan itu adalah jumlah yang kemungkinan Safawi peroleh nanti.

“Perkara utama adalah Safawi berpeluang bersaing dengan pemain daripada kelab terkenal seperti Benfica dan Porto yang sememangnya diketahui mempunyai ramai pemain ternama,” katanya.

Selasa lalu, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, Martin Prest di laman sosial Johor Southern Tiger (JST) memaklumkan pihaknya bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

Safawi juga mendapat ‘lampu hijau’ daripada majikannya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk melebarkan sayap beraksi bersama kelab itu.

Sementara itu, Effendi yang turut mengenali beberapa individu di Liga Portugal memaklumkan Portimonense SC adalah pasukan berpengaruh dan penghijrahan Safawi ke kelab terbabit adalah perkara yang membanggakan negara.

Safawi Baru je Lebarkan Sayap ke Portugal, Sekali Jurulatih Bongkarkan Sesuatu yg Mengejutkan

PEMAIN popular Malaysia, Safawi Rasid yang kini melebarkan sayap ke Portimonense SC ternyata mendapat perhatian ramai.

Terbaharu, dia dijangka beraksi mewakili pasukannya menentang CS Maritimo pada aksi Primeira Liga di Estadio dos Barreiros pada Sabtu.

Spekulasi mengenai penampilan itu kuat diperkatakan selepas portal bola sepak Portugal, A Bola memaklumkan pemain itu mempamerkan aksi cemerlang sewaktu sesi latihan yang diadakan.

“Safawi Rasid yang dipinjamkan daripada Johor FC mengagumkan pada sesi latihan dan dijangka menjadi antara prtruhan jurulatih, Paulo Sergio untuk aksi bertemu CS Maritimo di tempat lawan.

“Safawi mula menjalani latihan sejak minggu lalu dan berada dalam rentak yang kompetitif memandangkan dia sudah beraksi dalam liga di negaranya sebelum ini.

“Dia tampak menyesuaikan diri dengan baik dan gigih mencari peluang untuk bersama pasukan,” kata portal bola sepak tempatan itu.

“Dia menunjukkan prestasi mengagumkan sewaktu sesi latihan dan dijangka oleh jurulatih Paulo Sergio untuk bermain bersana CS Maritimo.

“Dia memulakan latihan pada minggu lalu dan berada dalam rentak kompetetif.

“Dia juga boleh menyesuaikan diri dengan baik dan komited mencari peluang bersama pasukan itu,” ujarnya.

Terdahulu, Safawi berlepas ke Portugal untuk meneruskan karier bola sepaknya di Eropah dengan menyertai Liga Premier bersama kelab Portimonse SC.

Dia muncul sebagai pemain kedua negara beraksi di liga utama Eropah seelpas Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium,Ogos lalu.

Safawi Rasid bakal bertembung pemain terkaya dunia, Faiq Jefri

Mereka pernah bertemu pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan Malaysia berjaya menundukkan Brunei 2-1.

Bintang baharu Portimonense SC, Muhammad Safawi Rasid sekali lagi bakal berdepan dengan bintang Brunei, Faiq Jefri Bolkiah untuk perlawanan Liga Primeira pada 10.30 malam Sabtu (waktu Malaysia).

Faiq yang memegang status sebagai pemain bola sepak terkaya di dunia bakal bermain bagi pasukan Maritimo malam ini selepas dibawa masuk oleh kelab itu baru-baru ini.

Perlawanan ini bukan sahaja akan menjadi tumpuan bagi peminat bola sepak tanah air.

Malah peminat bola sepak di Brunei yang teruja untuk melihat dua bintang dari Asia Tenggara itu beraksi.

Ramai peminat menaruh harapan tinggi untuk melihat Safawi beraksi.

Meskipun terdapat ura-ura yang mengatakan pemain itu mungkin hanya akan diletakkan sebagai pemain simpanan.

Mana tidaknya, sehari sebelum perlawanan, Safawi sudah beraksi penuh dengan membuat aksi sulung bersama skuad bawah-23 tahun B-23 Portimonense SC menentang pasukan Sporting Lisbon di Portugal pada awal pagi Sabtu.

Pasukan diwakili pemain berusia 23 tahun yang dipinjamkan oleh Johor Darul Takzim (JDT) itu bagaimanapun tewas 1-3 dalam perlawanan Liga Revelacao B-23 di Stadium Dois Irmaos.

Melihat ke hadapan, perlawanan antara Portimonense SC dan Maritimo pada jam 10.30 malam ini boleh disaksikan menerusi saluran Astro Arena yang bakal menyiarkan perlawanan secara langsung.

Sebagai rekod, Safawi merupakan pemain Malaysia kedua yang berhijrah ke liga utama Eropah.

Ini selepas pemain muda meningkat naik negara Luqman Hakim Shamsuddin yang menyertai kelab liga Belgium KV Kortrijk daripada Selangor 2.

Safawi, 23, berhijrah secara pinjaman selama semusim dengan kelab utama Portugal itu.

Dan kemungkinan ditawarkan kontrak sambungan jika prestasinya berjaya memikat barisan jurulatih.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mStar / Berita Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *