OH TRENDING

Jika diberi pilihan antara adik dan isteri, saya akan pilih adik kandung

Salam. Mohon admin tidak reply mesej ni sebab saya pinjam FB kawan saya. Siapa suruh tidak di logout?!

Terima kasih sebab sudi kongsi cerita saya. Saya ingin minta pandangan semua. Macam mana nak buat isteri saya berbaik dengan adik perempuan saya yg menumpang di rumah kami.

Sudah 5 tahun dia duduk bersama sama. Macam mana juga nak buat isteri saya tidak berkira dengan keluarga saya.

Saya perkenalkan diri sbg M. telah berumahtangga & mempunyai 4 org cahaya mata yg comel. Saya pemegang ijazah sarjana muda dan bekerja di sektor awam.

Adik saya berumur 30 tahun. Pemegang ijazah sarjana muda dan bekerja di sektor awam dengan skim gaji lebih tinggi dari saya. Masih bujang dan merupakan anak bongsu daripada 5 adik beradik.

Sebagai abang yg sudah kenal dia selama 30 tahun, adik saya adalah seorang yang baik, walaupun kerap memberontak dan melawan kata.

Isteri saya juga merupakan pemegang ijazah sarjana muda tetapi bekerja di sektor swasta sebagai staf sokongan.

Adik saya, dari kecil memang agak pemalas. Perkara tersebut berlanjutan sampai umurnya 30 tahun. Saya sedar, dia tidak pernah membantu isteri saya di rumah. Hanya memerap di dalam bilik dan makan apabila dijemput.

Saya terima kemalasan dia sebagai satu kelemahan dia di antara banyak kelebihan yang dia ada. Saya juga mengaku dan faham, kerjanya yang penuh tekanan (atas jawatannya yang tinggi) menyebabkan dia memerlukan waktu untuk menggembirakan diri sendiri.

Boleh jadi dengan menonton cerita yang dia sukai sepanjang berada di rumah. Isteri saya pula terlebih rajin. Saya tak pernah makan di luar (kecuali apabila isteri tak sempat masak).

Boleh dikatakan, kerja rumah 150% dia buat hatta kutip tuala di lantai pun dia tak pernah merungut. Anak-anak pun dia uruskan 90% kot sebab saya sibuk dengan kerja.

Baru-baru ini, adik saya yang nombor tiga mengadu tentang luahan hati adik bongsu saya. Adik bongsu saya terasa isteri saya tidak pernah mengajaknya makan sekali.

Benar, dia jarang ajak adik saya makan bersama. Dia akan minta saya ajakkan. Adik bongsu saya juga mengadu, isteri saya selalu buat muka padanya di belakang saya. Tak pernah bersapa dengannya. Tak senyum. Sekejap baik, sekejap tak baik.

Saya simpati dengan adik saya. Sudahlah hidup jauh dari ibu bapa, isteri saya layan dia begitu pula. Isteri saya buat adik saya seolah-olah orang asing dalam rumah saya sendiri.

Awal sikap adik saya, isteri saya ada juga meluah pd saya sampai lah satu ketika, saya beritahu isteri saya yang jika diberi pilihan adik dan dia saya akan memilih adik saya

Sejak itu, saya tengok isteri saya semakin berubah. Dia tak banyak cakap. Tak pernah nak luah apa-apa. Tak pernah merungut apa-apa. Kalau adik saya tak basuh pinggan pun dia senyap. Saya gembira tapi saya rasa macam lain macam pula.

Dulu, kalau balik kg rumah mak saya. Isteri saya akan bersihkan satu rumah tapi sekarang, dia dah jadi macam tetamu pula.hanya buat hal yang perlu saja.

Tapi, isteri saya masih tak berkira duit dengan ibu ayah saya. Kalau berbelanja, dia akan guna duit dia (sebab dia tahu, gaji saya tak cukup walaupun gaji saya 2x ganda drpd dia).

Gaji adik saya pun selalu tak cukup walaupun duduk free di rumah saya. Begitu juga kalau ada majlis di rumah adik beradik lain.

Dulu, isteri saya boleh dikatakan harapan untuk membantu semua orang buat kerja tapi saya perasan, isteri saya sekarang lebih senang menjadikan diri sebagai tetamu. Buat kerja yang berkait dengannya saja.

Macam mana saya nak nasihatkan isteri saya supaya berubah? Tidak berkira dengan keluarga saya? Tidak melayan teruk adik saya? Sebagai abang, saya perlu melindungi adik saya.

Sumber: KRT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *