OH TRENDING

Isteri Dr Sheikh Muszaphar selamat bers4lin anak kembar lelaki dan perempuan

ALHAMDULILAH! Isteri kepada angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor, Datin Dr Halina Mohd Yunos selamat melahirkan anak kembar mereka.

Mereka menyambutnua pada jam 9.47 pagi, bayi lelaki dan 9.48 pagi, bayi perempuan hari ini melalui kaedah pembedahan di Sunway Medical Centre.

Sebelum ini, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi sebuah video bilik bayi yang telah cantik berhias sedia menanti kehadiran orang baru di Instagram miliknya.

Katanya juga, Dr Halina dimasukkan ke hospital untuk C-Section pada pukul 9 pagi tadi.

Menurutnya, isterinya dinasihatkan untuk melahirkan bayi tersebut pada minggu lalu tapi berjaya bertahan sehingga 35 minggu.

Katanya juga dalam kes pre-eclampsia, satu-satunya rawatan yang ada adalah melahirkan bayi itu.

Ia berisiko untuk menunggu lebih lama.

Akhirnya mereka memilih hari ini, Jumaat 20.11.20 dengan harapan ia akan menjadi baraqah untuk semua.

Sebelum ini pasangan bahagia ini turut dianugerahkan sepasang kembar lelaki.

Minggu lalu, Dr Sheikh memaklumkan isterinya berdepan kandungan yang membimbangkan.

Dan boleh menyebabkan nyawa ibu serta bayi berada dalam keadaan bahaya jika tidak dirawat.

Sekadar info, pasangan bahagia ini mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Selain anak kembar lelaki, pasangan ini memiliki dua lagi anak perempuan iaitu Sophea Isabella, 9, dan Sophea Natasha, 7.

Dr Sheikh Muszaphar ketika dihubungi nyata teruja kerana dia memang mahukan ramai anak.

“Ramai yang nak ada anak kembar, tapi hakikatnya bukan senang nak jaga kerana perlukan komitmen dan masa yang banyak.

“Walaupun kehamilan kembar membawa pelbagai risiko berdasarkan pengalaman kami sebelum ini, tapi saya bersyukur kandungan berada dalam keadaan yang baik.

Disebabkan itu juga, saya tidak berkongsi berita ini terlalu awal,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia kini mengambil alih tugas isteri dengan menjaga anak-anak bagi meringankan bebannya yang kini berbadan dua.

Dr Sheikh Muszaphar berkata, walaupun hamil 13 minggu, tetapi isterinya tetap gigih bekerja sebagai petugas barisan hadapan bagi merawat pesakit Covid-19.

“Kalau boleh saya nak dia ambil cuti sepanjang kehamilan ini, tapi sebagai doktor saya faham minat dan tanggungjawabnya yang mahu merawat pesakit.

“Justeru saya akan pastikan anak-anak dijaga dengan baik.

Saya akan fikir mengenai makan dan tidur mereka selain akan sediakan pakaian dan mandikan mereka setiap hari.

“Saya mahu dia mendapatkan rehat yang cukup dan tidak terlalu penat kerana kehamilan anak kembar bukan mudah untuk dijaga.

“Tidak dinafikan kehamilan anak kembar ini semuanya berganda seperti mual berganda, muntah berganda.

Kembung berganda, mengidam berganda dan pendarahan berganda seperti yang pernah dialami isteri sebelum ini,” katanya.

Apa yang menarik, sebelum ini Sheikh Adam dan Sheikh Noah dilahirkan pada sambutan hari jadinya.

Tapi untuk kehamilan kembar kali ini dijangka lahir pada ulang tahun kelahiran isterinya pada 28 Disember ini.

Katanya, dia mengetahui isterinya hamil ketika usia kehamilan baru empat minggu.

“Waktu itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun masa itu tak tahu lagi dapat anak kembar.

Sehinggalah kami pergi membuat pemeriksaan dan mendapati kembar pada usia kehamilan enam minggu.

“Doakan semoga kehamilan ini berjalan dengan lancar dan berada dalam keadaan baik,” katanya.

Tahniah Dr Sheikh Muszaphar dan seluruh keluarga!

Pada 18 November 2020 lalu, Dr Sheikh Muszaphar telah memuat naik satu hantaran yang menunjukkan surat yang pernah ditulis beliau kepada ibu bapa sebelum meninggalkan bumi pada 2007.

Dr Sheikh Muszaphar memberitahu bahawa surat tersebut ditemui oleh anak saudaranya bernama Sheikh Aiman.

Melalui caption pada perkongsian itu, beliau ada menyatakan hadir perasaan yang bercampur baur sebelum berlepas ke ISS:-

“I had mixed emotions back then – thrilled , excitement , scared , sense of loss all in one.

I knew the risk was high and anything could happen

Was it really necessary taking all these risk leaving

your loved ones behind?

I trust my faith to Allah and no one else.

Its all written our destiny.”

Namun semuanya baik-baik saja sehingga beliau selamat kembali ke bumi.

Dr Sheikh Muszaphar berkata, beliau ingin berkongsi dengan semua perjalanannya ke angkasa yang telah merubah perspektifnya dalam kehidupan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *