OH TRENDING

Dia Tahu sbb apa sy keluar rumah dan tahu sbb apa saya ‘dingin’ – Puteri Sarah

OBSES terhadap kerja mungkin menjadi salah-satu punca kepada kemelut rumah tangga pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof dengan isterinya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Syamsul ketika ditemui mengakui dia obses terhadap kerja dan Sarah adalah isteri yang baik.

“Saya gila dengan kerja. Saya sendiri pun tak tahu apa masalah saya sebab saya akan sentiasa mencari kerja.

Setiap benda datang dengan harga yang perlu dibayar.

Tuhan beri kejayaan untuk filem dan karya muzik saya, tapi ada benda yang saya perlu perbaiki.

“Kami masih dalam proses memperbaiki hubungan rumah tangga kami. Doakan yang terbaik,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan Sarah yang dilihat hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak lalu, Syamsul tidak menafikan dan kedua-dua mereka sedang mencari jalan terbaik.

“Semua tahu Sarah ada ke sana (pejabat agama).

Mungkin kalau sudah tak ada jalan lain, kami bersedia untuk mendapat khidmat nasihat serta kaunseling untuk memperbaiki rumah tangga kami.

“Saya nak tenang-tenang, tapi macam-macam benda berlaku dan terbaru, isu fitnah oleh YouTuber dan ugutan pula,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai kehadiran Sarah di pejabat agama ditemani wanita yang didakwa sebagai ibu mentuanya.

Berdasarkan pemerhatian Harian Metro, Sarah sudah tidak mengikuti Syamsul di Instagram.

Begitu juga di Instagram Syamsul yang mana kali terakhir dia memuat naik gambar bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu.

Manakala bersama Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu.

“Dia (Syamsul) tahu sebab apa saya keluar rumah dan dia juga tahu sebab apa saya ‘dingin’.”

Itu kata pelakon, Puteri Sarah, 35, sekali gus mengakui sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan suami yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah berkata, tiada sebab untuk dia berbuat sedemikian sekiranya ‘masalah’ yang paling ditakuti dalam perhubungan rumah tangga tidak berlaku.

Namun, Puteri Sarah atau mesra disapa Sarah enggan berkongsi lanjut ‘masalah’ dimaksudkannya itu.

“Apabila keluar cerita sebegini, saya percaya ada pihak lain yang suka.

“Dalam perkara ini, saya tidak mahu dianggap punca terhadap apa yang berlaku sekarang.

Tentu saja sebagai lelaki, suami dan ketua rumah tangga dia perlu bertanggungjawab di atas semuanya. Itu yang saya harapkan,” katanya.

Ditanya sejauh mana kebenaran perkongsian di Instagram Story baru-baru ini mengenai kisah curang dan orang ketiga dalam perkahwinan berlaku pada dirinya, Sarah juga enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini, tapi cukup untuk saya katakan ada ‘masalah’ yang wujud dalam rumah tangga kami,” katanya.

Ditanya lagi sama ada ‘masalah’ itu membabitkan orang ketiga, ini jawab Sarah.

“Soalan ini kena tanya pada dia,” katanya ringkas.

Bagaimanapun, Sarah berkata walau apa pun yang terjadi sekarang dan selepas ini, dia masih menyayangi perkahwinan mereka yang sudah dibina sejak enam tahun lalu.

“Tiada siapa mahukan masalah dan perpisahan. Saya tetap berdiri di belakang dan menyayangi dirinya sebab dia adalah syurga saya,” katanya.

Puteri Sarah berkata, buat masa ini keadaan dia dalam keadaan baik bersama dua anak.

“Terima kasih kerana ramai yang ambil berat dan menitipkan kata-kata semangat.

Apa boleh dikatakan, saya okay bersama anak-anak. Saya bahagia bersama mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya tujuan sebenar hadir ke pejabat agama, Puteri Sarah memohon doa yang terbaik.

“Doakan saja yang baik-baik. Saya berharap semua doakan kebahagiaan rumah tangga kami,” katanya.

Harian Metro, semalam, melaporkan Syamsul enggan mengulas mengenai perkara itu.

“Tak ada apa yang saya nak komen, ia hal peribadi. Hal yang ‘personal’ dan harapnya dapatlah menghormati

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, setahun lapan bulan.

Ada yang Hantar Ugutan

Pelakon, pengarah dan penyanyi, Syamsul Yusof, dia juga tidak terlepas daripada berdepan situasi diuji dengan sifat hasad dengki manusia terhadapnya.

Mencipta nama menerusi karya-karya pecah panggung serta lagu-lagu yang memanjat carta radio tempatan.

Syamsul tidak menafikan setiap rezeki yang diberi Allah kepadanya itu diturunkan dengan ujian untuk menguatkan dirinya sebagai hamba.

“Setiap benda ada ‘harga’ yang perlu dibayar. Allah berikan kejayaan kepada saya untuk hasil kerja yang membanggakan.

Dalam pada kejayaan yang saya terima, ada juga beberapa perkara yang saya sendiri perlu perbaiki dalam kehidupan saya,” katanya.

Menurutnya, apa yang menjadi keutamaannya kini adalah keluarga terutama anak-anaknya.

“Keselamatan keluarga menjadi keutamaan. Alhamdulillah, anak-anak membesar dengan sihat.

Tapi, besar nikmat, besar juga ujiannya untuk saya,” katanya.

Situasi rumah tangganya bergolak dan mula menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi apabila isterinya, Puteri Sarah Liyana dilihat hadir ke pejabat agama pada pertengahan bulan lalu.

Tidak cukup dengan itu, dalam bulan sama dia juga diduga dengan fitnah yang disebarkan seorang YouTuber di laman penstriman video itu.

“Saman terhadap YouTuber itu masih lagi saya akan teruskan.

Tapi, disebabkan banyak perkara berlaku antaranya krisis pandemik dan sebagainya, jadi semuanya akan diteruskan selepas ini.

Mengenai YouTuber itu, dia sudah padam akaun saluran YouTube itu. Tapi, dia nak lari ke mana sebab saya akan terus cari,” katanya.

Penghujung September lalu menyaksikan Syamsul berdepan situasi menegangkan.

Ini apabila YouTuber tidak bertanggungjawab itu menggunakan tajuk yang tidak sesuai serta menimbulkan fitnah terhadap dia dan keluarga.

Terbaru, Syamsul baru saja membuat laporan polis pada 13 Oktober lalu selepas menerima ugutan daripada individu tidak dikenali di Instagram, seperti yang dilaporkan Harian Metro sebelum ini.

Tidak mahu merungsingkan keluarga, Syamsul meminta individu yang tidak menyimpan rasa tidak puas hati kepadanya untuk bersemuka dengannya.

“Saya tak mahu peningkan kepala keluarga saya. Saya sudah berusia 36 tahun dan bukan budak-budak lagi.

Kepada individu yang ada masalah dengan saya, jumpa saya secara bersemuka,” katanya.

Yang pasti, Syamsul memohon agar peminat-peminatnya akan terus mendoakan kesejahteraannya sekeluarga.

Sumber Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *