OH TRENDING

“Akhirnya, Saya Tahu juga Kebenaran” Tidak Mahu Terus Terpalit, Hidayah akui Doa Org TERANlAYA Sentiasa Dimakbulkan

Kemelut melanda balu Allahyarham Abam Bocik dengan keluarga pelawak terkenal itu berhubung harta faraid telahpun selesai.

Ini apabila Norhidayah berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang difailkan pada 15 Julai lalu.

Menerusi perkongsian terbaru yang dibuat di akaun Instagram miliknya, wanita berusia 28 tahun itu meluahkan rasa syukur atas segala urusannya ketika ini.

Menurutnya lagi, dia bersyukur kerana sudah mengetahui hal sebenar.

Dan amat berterima kasih kepada semua yang membantu serta meghulurkan kerjasama.

Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut tidak menjelaskan sebarang punca mengapa dia berkongsi luahan sepert itu.

Hanya tanda pagar #AllahMahaAdil, #AllahAda, #SabarItuIndah dan beberapa kata-kata luahan disertakan.

Selain daripada itu, Hidayah turut memuat naik kembali kata-kata semangat daripada orang terdekatnya.

Ini seakan menjawab segala spekulasi berhubung isu yang pernah tular sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan turut menyatakan rasa syukur atas segala perkara baik yang sedang berlaku kepada Hidayah ketika ini.

Terdahulu, kisah pembahagian harta faraid arwah Abam menjadi hangat.

Ini apabila keluarga di pihak Allahyarham dan juga Hidayah seakan tidak sependapat sehingga menyebabkan beberapa kesulitan.

Oleh itu, Hidayah telah mengambil keputusan dengan menfailkan isu tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Sumber: Hidayah Abam, Abam Bocik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *