Gosip Artis OH Trending

Zul Ariffin hadiahkan kereta mewah, sahabat baik terharu hingga hilang kata2

Sejak dilanda kontroversi berkenaan tular babak ‘panas’ dilakonkan dalan satu drama televisyen, aktor kacak, Zul Ariffin dilihat seakan mendiamkan diri.

Dia juga kini jarang berkongsi perkembangan terkini terutamanya tentang kerjaya seni yang sebelum ini kerap dimuat naik ke media sosial.

Luah rasa teruja

Namun begitu, menerusi perkongsian sahabat baiknya yang juga penerbit filem terkenal, Gayatri Su-Lin Pillai, telah memuat naik video meluahkan rasa gembira apabila aktor tersebut menghadiahkan sebuah kereta mewah buatnya.

https://vt.tiktok.com/ZSdAQQJNM/

Gayatri adalah merupakan antara individu yang menaikkan nama Zul Ariffin dalam dunia lakonan  sehingga aktor berkenaan berjaya menggenggam trofi Pelakon Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malaysia bagi filem Sangkar.

Hilang kata2 dapat kereta

Selain dari berkongsi di TikTok, wanita itu turut memuat naik video keterujaannya di Instagram dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Zul Ariffin yang sudi memberikan hadiah begitu mewah kepadanya.

“Saya kehilangan kata-kata. Tak pernah terfikir yang saya akan mendapat hadaih seperti ini,”
“Terima kasih Zul Ariffin dari hati saya yang paling dalam,” tulisnya.

Wahh kereta baru!

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat Gayatri, ramai yang meninggalkan komen dengan sama teruja melihat hadiah pemberian Zul Ariffin kepada bekas kekasihnya itu.

Ucapan tahniah juga diterima dan kebanyakan mereka turut berselorh dengan meminta agar Gayatri membawa menaiki kereta mewah yang baru diperolehnya.

Untunglaa…

Tahniah sis! Tambah lagi colection tu

Apa yang awak dapat tu atas usaha selama ini

Untuk rekod, Zul Ariffin dan Gayatri pernah dikhabarkan bercinta memandangkan sering bekerjasama untuk beberapa projek filem.

Namun begitu, kisah asmara mereka sudah lama terlerai tetapi kekal utuh bersahabat sehingga ke hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *