OH Trending

“Dia nk bantu, tp sbb dituduh mabvk, terus tak jadi” Adik Pemandu Lori Akan Tuntut Keadilan

Foto: Harian Metro

Adik lelaki kepada Allahyarham Ahmad Sukri Abd Samad iaitu pemandu lori yang dituduh memandu dalam keadaan mabvk meluahkan rasa sedih dan terkilan.

Ini dengan tindakan si perakam video yang menyebar fiitnah sehingga menjatuhkan maruah abangnya.

Ini kerana menuduh arwah memandu dalam keadaan mabvk sehingga merempuh tiga kereta yang diparkir di bahu jalan.

Tambah Mohd Azmi lagi, kakaknya iaitu Rosilawati Abd Samad memaklumkan pada mulanya, ada beberapa individu yang berada di lokasi kejadian mahu membantu arwah.

Namun tidak jadi berbuat demikian selepas mendengar fiitnah daripada individu berkenaan.

“Jika fitnah itu tiada, mungkin abang boleh dihantar lebih awal ke hospital dan mungkin berjaya menyelamatkan nyawanya.”

Sementara itu, Mohd Azmi memaklumkan terdapat juga individu yang mengecam dan menyalahkan arwah kerana meneruskan pemanduan meskipun sedang sakit.

Berikutan daripada itu, Azmi dan keluarga akhirnya bersepakat untuk mengambil tindakan kepada penyebar video serta individu yang mengecam dan melemparkan fitnah terhadap arwah.

“Ada komen yang mengecam arwah dengan menyatakan jika sudah tahu sakit jantung sepatutnya dia berhenti di tepi jalan.

Ini kerana tindakannya boleh meragut lima nyawa yang lagi penting dari hanya nyawa dia seorang.

Saya yakin jika abang boleh tahan sakit, pasti dia akan berbuat demikian tetapi siapa yang tahu derita kesakitan dilaluinya ketika itu.”

Jelasnya lagi, tujuan mereka membuat laporan polis bukanlah untuk menghukum tetapi mahu dijadikan pengajaran kepada orang ramai.

“Abang ada membantu menyara kakak serta empat anaknya dari segi kewangan selepas kematian abang ipar pada 2017.

Kehilangan dia amat besar impaknya bagi keluarga kami kerana kebaikannya.”

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *