OH Trending

Terkejut TuIar Suami ‘Heliza’ Dah Hilang Janggut dan Tumbuh Rambut, Rupanya ini Indentiti Lelaki Tersebut

Gara-gara memiliki wajah mirip Datin Seri Heliza Helmi, seorang wanita ini mencuri tumpuan warganet.

Ia selepas penyanyi dan aktivis kemanusiaan itu selamat mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.

Malah, wanita yang dipercayai menjalankan bisnes berasas produk mengait itu turut menjadi perhatian di aplikasi TikTok.

Ia selepas memuat naik satu video kompilasi bersama suaminya, Syukor Sharif.

Menerusi video berkenaan, wanita menetap di Pulau Pinang itu berkongsi tangkapan skrin komen seorang individu yang terkeliru menganggap foto Masitah sebagai Heliza bersama seorang ‘lelaki asing’.

“Ya Allah, ingatkan Heliza Helmi, mirip sangat. Ingatkan dengan suami dia ke, nampak lain macam.

Betul-betul ingat suami dia dah buang janggut sampai jadi rupa begini,” tulis individu tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata mengakui wajah wanita tersebut seiras Heliza yang boleh membuatkan ramai keliru sekiranya tidak diselidik dengan betul.

Terdahlu, Heliza atau nama penuhnya Nur Heliza Helmi berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang membawa imej berjambang panjang sehingga dikutuk netizen.

Sumber: Facebook CikPuan SitiMasitah , TikTok @cikmasz_crochet , Instagram Heliza Helmi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *