Isu Semasa

Video: Susulan Herdik Anggota PoIis di SJR, Ini Tindakkan yg Akan Dikenakan kpd Wanita ini

Rakaman video berkenaan tular di media sosial sejak semalam memaparkan insiden yang dipercayai berlaku pada 1 Jun lalu.

Ia sehingga menerima pelbagai reaksi termasuk kecaman daripada warganet walaupun tidak diketahui punca sebenar kejadian.

Terdapat dakwaan wanita terbabit bertindak sedemikian kerana dikatakan terpaksa menunggu hampir 30 minit sebelum diberitahu kesalahannya.

Selain timbul juga dakwaan kononnya wanita terbabit berang selepas disindir oleh anggota polis yang bertugas di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, punca wanita terbabit dikenakan saman adalah atas kesalahan cukai jalan dan insurans kenderaan tamat tempoh.

Wanita itu dikecam hebat oleh netizen gara-gara tindakannya yang dianggap tidak sopan memarahi anggota polis.

Dan tak kurang juga yang menyindirnya tidak perlu sombong hanya kerana memiliki perniagaan enterprise sahaja.

Tidak tahan dengan kecaman, wanita itu tampil menjelaskan hal sebenarnya mengapa beliau marah menerusi posting di laman facebook beliau.

Dia mendakwa bahawa anggota itu menyindirnya hingga membuatkan beliau marah

“Ada ‘SEBAB’ ada AKIBAT… (org marah kerana bersebab)

“Jangan buli org perempuan. Tak semua perempuan tu penakut kena gertak ya atau buli ya.

Wanita selalu disalahkan, ada yang jadi mngsa dera suami isteri la, mngsa buli rakan sekerja la, mngsa gangguan sksual la.

Baik fizikal atau penderaan dgn ‘kata2’.. atau pun mngsa BULI JALANAN…

Ada perempuan berani kerana benar dan WUJUD PEREMPUAN BETUL2 BERANI BERHADAPAN walau apa pangkat kamu ya..

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Tindakkan Undang-Undang Akan Diambil

Ramai Salah Sangka dan Minta Maaf

“Semalam wawa ckp akan saman mereka yg sebarkan fitnah, yg x tau ASBAB org marah.

Dan mereka yg sebarkan maklumat peribadi kita dll lagi..

Pagi ini me dapat banyak pm/dm ramai yg ‘minta maaf pada me’ dan sudah padam kunun..

Alala kawan² sy sudah screenshot semua dan tindakan2 SAMAN akan diteruskan kpd dia, mereka, dan kamu.

Terima kasih juga banyak2 ramai yg sokong #janganbuliwanita yass Stand Up Sister.. Berani Kerana Benar.

Jangan kau padam tu rang, sy maw saman kau ini, sedia duitmu membayar ya…. (Alhamdulullah ‘rezeki’ org teraniaya).

Nanti lawyer saya akan usul satu-satu. Terima kasih & Selamat kumpul duit saman ya… Terima kasih.”

Pihak Polis Akan Ambil Tindakkan Undang-Undang

“Kita akan siasat secara menyeluruh babitkan kedua-dua belah pihak sebelum tindakan selanjutnya diambil,”

Kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berhubung video tular seorang wanita menengking anggota polis di sebuah sekatan jalan raya (SJR) di negeri ini.

Dalam rakaman itu, beberapa anggota dan serta pegawai polis turut dilihat cuba menenangkan wanita berkenaan.

Menurut Hazani, pihaknya akan memanggil wanita terb.abit untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Katanya, Timbalan Pendakwa Raya juga menasihatkan polis supaya menjalankan siasatan mengikut Sksyen 506 Kanun Kesksaan.

“Sekiranya terbukti benar ada anggota polis yang mengeluarkan kenyataan menyinggung perasaan wanita terbabit kita akan ambil tindakan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hazani berkata, begitu juga tindakan akan diambil sekiranya terbukti wanita itu yang menjadi punca ketegangan yang berlaku di SJR berkenaan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan polis tidak sepatutnya mengeluarkan saman disebabkan cukai jalan berkenaan tidak dapat diperbaharui ketika penguatkuasaan P.erintah Kawalan Pergerakan (PKP), Hazani berkata, cukai jalan kenderaan wanita berkenaan tamat sejak awal tahun ini.

Katanya, perkara itu tidak dapat diterima memandangkan penguatkuasaan PKP pernah dihentikan dua kali sebelum ini.

“Alasan itu tidak boleh diterima, sekalipun cukai jalan tidak boleh diperbaharui, mengapa insurans kenderaan tidak diperbaharui?,” katanya.

Ini Kisah Sebenar

Tonton Video

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *