Kisah Rakyat

Tak Tahan Lihat KegataIan si Perampas, lstri Akhirnya Setuju JuaI Suami pd Hrga RM30K

Seorang wanita sanggup ‘menjual’ suaminya kepada skandaI lelaki itu dalam insden yang agak jarang berlaku kerana sudah tidak tahan dengan perangai suami dan kekasihnya itu.

Difahamkan, rumah tangga pasangan itu mula goyah apabila si suami tinggal di rumah kekasihnya dan hanya pulang ke rumah isteri selepas habis waktu bekerja.

Si isteri baru mengetahui suaminya curang lalu tercetus pergaduhan di antara mereka.

Sebaik saja si isteri mendapat tahu tempat tinggal wanita yang mahu merampas suaminya itu, dia terus pergi berjumpa dengan perampas terbabit.

Ketika dua wanita itu bertengkar, si isteri ada memaklumkan dia terbeban dengan hutang yang banyak.

JuaI Suami Lagi Untung Dari JuaI Unta

Ni Betul² Sayang Sampai…

Perampas itu kemudian menawarkan diri untuk membayar semua hutang tersebut sekiranya dia bersetuju bercerai dengan suaminya.

Si isteri ternyata terkejut, tetapi bersetuju dengan tawaran itu kerana suaminya sudah tidak mahu duduk sebumbung dengan dia lagi.

Dia menuntut bayaran RM100,000, tetapi si perampas hanya memberi RM30,000 dan selepas itu si isteri terus meninggalkan suaminya yang tidak berguna itu.

Namun lain pulak kes yang berlaku di Jakarta, Indonesia ini.

Pada 2018 Seorang wanita dihukum penjara dua tahun dan didenda Rp200 juta (RM56,157) oleh sebuah mahkamah di sini kelmarin selepas didapati bersalah menjual suaminya sendiri di laman sosial.

Panel hakim yang diketuai Harijanto berkata, tertuduh, Veronita, 20, terbukti bersalah dan layak untuk dihukum mengikut undang-undang pemerdagangan manusia.

Pendakwa raya sebelum ini meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda Rp800 juta (RM224,637).

Tetapi hakim mengurangkan hukuman berkenaan dengan alasan tertuduh memberi kerjasama baik ketika perbicaraan.

Menurut laporan media Indonesia, aktiviti Veronita itu terbongkar selepas polis menyerbu sebuah bilik di Hotel Sparkling, Jalan Kayoon, Surabaya pada Januari lalu.

Ketika serbuan berkenaan polis menahan wanita itu dan suaminya yang berusia 24 tahun serta seorang lelaki yang dipercayai pelanggan mereka.

Veronita dilaporkan menubuhkan satu kumpulan di Facebook bagi menawarkan suaminya untuk aktiviti seks dengan bayaran antara Rp300,000 (RM84) hingga Rp500,000 (RM140).

Ketika disoal siasat polis, Veronita mengaku dia menjual suaminya untuk mendapatkan wang kerana mengalami masalah ekonomi.

Wanita itu turut mengaku, mereka baru menjalani aktiviti itu sebanyak empat kali.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *