OH Trending

Syahmi Sazli Umum Akan Berhenti Niaga Air Balang, Ini Sebabnya

Youtuber terkenal tanah air, Syahmi Sazli mengumumkan bahawa perniagaan air balang yang diusahakannya akan dihentikan pada minggu ini.

Pengumuman mengenai perkara itu dibuat menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Syahmi Sazli Production sebentar tadi.

Difahamkan, pemberhentian operasi perniagaan itu dibuat atas beberapa faktor, salah satunya adalah mengenai rasa bimbang terambil hak orang lain.

“Salam semua. Ni ada berita pasal kedai air balang Mi ni. Mengambil kira beberapa faktor antaranya adalah parking (Mi risau terambil hak parking orang lain) dan faktor lain lagi.

“Mi memutuskan untuk mengakhiri jualan air balang Mi pada minggu ini. Jadi, last Mi jual adalah esok (Khamis),” katanya dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu, Syahmi juga berharap agar pihaknya mampu untuk menambah baik fasiliti perniagaannya demi kebaikan bersama pada masa akan datang.

“InsyaAllah ada rezeki depan hari, Mi akan buka dengan kedai yang lebih besar dan selesa,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut memohon agar orang ramai sentiasa menyokong filem kedua arahannya, 35mm yang bakal ditayangkan pada bulan ini.

“Terima kasih semua yang pernah mengunjungi kedai air balang Mi,” tambahnya lagi.

Sumber: Facebook Syahmi Sazli ProductionYoutuber terkenal tanah air, Syahmi Sazli mengumumkan bahawa perniagaan air balang yang diusahakannya akan dihentikan pada minggu ini.

Pengumuman mengenai perkara itu dibuat menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Syahmi Sazli Production sebentar tadi.

Difahamkan, pemberhentian operasi perniagaan itu dibuat atas beberapa faktor, salah satunya adalah mengenai rasa bimbang terambil hak orang lain.

“Salam semua. Ni ada berita pasal kedai air balang Mi ni. Mengambil kira beberapa faktor antaranya adalah parking (Mi risau terambil hak parking orang lain) dan faktor lain lagi.

“Mi memutuskan untuk mengakhiri jualan air balang Mi pada minggu ini. Jadi, last Mi jual adalah esok (Khamis),” katanya dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu, Syahmi juga berharap agar pihaknya mampu untuk menambah baik fasiliti perniagaannya demi kebaikan bersama pada masa akan datang.

“InsyaAllah ada rezeki depan hari, Mi akan buka dengan kedai yang lebih besar dan selesa,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut memohon agar orang ramai sentiasa menyokong filem kedua arahannya, 35mm yang bakal ditayangkan pada bulan ini.

“Terima kasih semua yang pernah mengunjungi kedai air balang Mi,” tambahnya lagi.

Sumber: Facebook Syahmi Sazli Production

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *