Selain susu formula, lampin anak merupakan barangan keperluan yang paling menelan kos agak tinggi. Tambahan pula dengan harga barang yang semakin meningkat zaman kini, ada suami isteri mengambil inisiatif beralih kepada penggunaan kain lampin ‘cuci sendiri’ sebagai langkah penjimatan.
BACA : Padan Muka Ibu Dia Dah Takde Anak Shuib Menangis Sedih Diejek Rakan Sekolah
Pun begitu, cara seorang ayah ini untuk menjimatkan kos belanja bulanan ternyata mendapat reaksi berbeza daripada netizen. Dengan harga lampin yang mahal sekarang, dia menetapkan syarat kepada isterinya hanya boleh menukar pampers baru sekiranya sudah mencapai berat 200 gram sahaja.
Namun kali ini, tindakan si isteri yang menukar lampin anak mereka walhal beratnya belum mencapai ‘syarat’ ditetapkan lantas menimbulkan rasa tidak puas hati. Sejak dimuat naik, rakaman pendek tersebut sudah meraih lebih 1.5 juta tontonan di TikTok milik Rudi Demioa.
@rudidemaioUdah di bilangin Harus tunggu ampe 200 gram baru ganti pamper baru, tapi tiap kali belum 100 gram udah ganti… boros bgt sih 😡😡😡😡. Pengen ganti istri aja…
Menerusi ruangan komen, ramai netizen mengatakan cara suami itu mahu berjimat mungkin agak kurang sesuai. Justeru itu, mereka berharap dia boleh belajar lagi mengenai topik parenting khususnya berkaitan kulit sensitif bayi kecil.

Kredit : TikTok Rudi DemaioSelain susu formula, lampin anak merupakan barangan keperluan yang paling menelan kos agak tinggi. Tambahan pula dengan harga barang yang semakin meningkat zaman kini, ada suami isteri mengambil inisiatif beralih kepada penggunaan kain lampin ‘cuci sendiri’ sebagai langkah penjimatan.
BACA : Padan Muka Ibu Dia Dah Takde Anak Shuib Menangis Sedih Diejek Rakan Sekolah
Pun begitu, cara seorang ayah ini untuk menjimatkan kos belanja bulanan ternyata mendapat reaksi berbeza daripada netizen. Dengan harga lampin yang mahal sekarang, dia menetapkan syarat kepada isterinya hanya boleh menukar pampers baru sekiranya sudah mencapai berat 200 gram sahaja.
Namun kali ini, tindakan si isteri yang menukar lampin anak mereka walhal beratnya belum mencapai ‘syarat’ ditetapkan lantas menimbulkan rasa tidak puas hati. Sejak dimuat naik, rakaman pendek tersebut sudah meraih lebih 1.5 juta tontonan di TikTok milik Rudi Demioa.
@rudidemaio Udah di bilangin Harus tunggu ampe 200 gram baru ganti pamper baru, tapi tiap kali belum 100 gram udah ganti… boros bgt sih 😡😡😡😡. Pengen ganti istri aja…
Menerusi ruangan komen, ramai netizen mengatakan cara suami itu mahu berjimat mungkin agak kurang sesuai. Justeru itu, mereka berharap dia boleh belajar lagi mengenai topik parenting khususnya berkaitan kulit sensitif bayi kecil.
Kredit : TikTok Rudi Demaio