OH Trending

Sittah Annur Akan Umum Taubat Live Esok, Tapi Ini Tindakkan 30 Ribu Pengikutnya

Kuala Lumpur, 26 September: Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) Sittah Annur, 39, akan mengumumkan pengisytiharan taubat (Istitabah) secara terbuka esok, lapor Harian Metro.

Sittah atau nama sebenarnya Masitah Ab Jalar dijadualkan akan membuat pengisytiharan itu menerusi Facebook (FB) rasmi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada jam 10 pagi esok.

Menurut sumber Harian Metro, majlis akan dihadiri Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof; Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir; Pengarah Jais Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Abdul Aziz Jusoh.

“Masitah dijangka akan membaca teks Istitabah dan menandatangani dokumen perakuan taubat yang akan disaksikan empat saksi utama.”

“Majlis dijangka selesai selepas teks dan perakuan taubat ditandatangani,” kata sumber tersebut kepada Harian Metro.

Menurut laporan itu lagi, kebiasaannya selepas dokumen perakuan taubat dibuat, waran tangka.p terhadapnya juga terbatal.

Wanita tersebut yang berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam itu dikesan sejak enam bulan lalu menggunakan media sosial seperti FB, YouTube dan Telegram.

Ini untuk berkongsi pelbagai ramalan beliau termasuk Peran.g Dunia Ketiga kononnya berlaku di Sabah sebelum dia memimpin pasukannya untuk mencari Imam Mahdi bagi melawan musuh.

Tindakkan Pengikutnya untuk bertaubat sama diraikan

Ramalan beliau itu diberitahu kepadanya melalui mimpi yang beliau namakan sebagai ” Perjalanan Mimpi Yang Terakhir “.

Beliau dalam satu video menunjukkan lokasi di mana sasaran bo.m nuklear akan jatuh pada peta dunia.

“Semasa perjalanan mimpi yang terakhir saya..tempat yang terkena nuklear adalah kawasan dekat sini (Las Vegas, Amerika Syarikat).

Ramai orang ceder.a dan mat.i. Lagi satu yang kena dekat sini (Melbourne, Australia), saya nampak ada pulau dekat bawah ( Tasmania). OK.

Satu lagi dekat sini saya nak beritahu (jatuh di )Thailand. Dia nak lancar kepda kita tapi dilancar oleh Pakistan, jatuh kat sini (Thailand).

Dia temba.k macam mana saya tak tahu, Wallahualam. Nuklear juga jatuh kat sini, Korea Utara. Dan satu lagi jatuh ke sini (Beijing, China).

Ha ni! Lagi satu jatuh kat sini. Dekat dengan Peranchis dekat dengan kampung satu lagi ni. bukan dekat lah..

Mereka pun terkejut juga.. perkataan yang paling tepat ada menara besi tu, tak tahulah besi apa. (menara Eiffel).

Lagi satu dekat sini (Jordan) ,OK? di atas sedikit ada Palesting ( Palestin) kat bawah.

Dekat sini, tempat saya meningga.l, di atas gunung berbatu yang tinggi sambil menadah tangan” katanya pada video tersebut.

Beliau kemudian ditahan polis sebelum membongkar penemuan dana sumbangan pengikutnya sebanyak RM84,721.42 apabila satu resit dijumpai ketika serbuan dilakukan pihak berkuasa di rumahnya di Shah Alam.

Susulan pendedahan itu juga, selain mufti negeri, pihak berkuasa agama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut mengarahkan polis mengambil tindakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kepada mana-mana individu yang cuba menimbulkan kegusaran.

Menakut-nakutkan dan mengganggu ketenteraman awam termasuk kepada kumpulan PMYT.

Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata, selain tindakan penguatkuasaan antara pihak berkuasa, pihaknya juga akan berusaha selamatkan pengikut kumpulan PMYT. -Buletin TTKM-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *