OH Trending

Ajak Suami Checkup HamiI, Tp Kena Tengking Cakap Hal Kecik pun nk Berteman

Pemeriksaan antenatal perlu dijalankan secara berkala agar ibu-ibu hamil tahu mengenai perkembangan janin mereka dari semasa ke semasa.

Biasanya ketika ini, mungkin wanita larat saja pergi seorang diri ke pusat kesihatan.

Namun sekiranya ada masa, tidak salah untuk para suami menemani dan pastiya isteri anda bakal senyum sampai ke telinga.

Pun begitu bagi seorang wanita ini, dia seakan-akan makan hati apabila suaminya menganggap pergi menemankannya ke pusat rawatan.

Ini untuk memeriksa bayi mereka ibarat mengada-ngada sahaja.

Pertengkaran itu didengari oleh Cik Miho lalu dikongsikan semula ke Facebook.

Lelaki terbabit malah menyifatkan semua itu sebagai membuang masa walhal isterinya boleh pergi sendiri tanpa berteman.

Mendengar rungutan kasar si suami yang memarahinya, wanita berkenaan gagal menahan air mata.

Oleh yang demikian, pemilik Facebook itu memberikan pesanan bahawa sesungguhnya proses kehamilan ini bukanlah mudah.

Jika isteri berkata tidak larat, ia adalah benar ditambah pula dengan emosi yang selalu turun naik.

Bukan sekadar memberikan sokongan moral, namun sebenarnya suami juga dapat menambahkan ilmu tentang wanita dan kehamilan sekiranya mengikuti sesi pemeriksaan tersebut.

Malah isteri juga akan rasa dihargai sekali gus menempuh proses mengandung dengan positif.

Sumber : Facebook Cik Miho PaMa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *