OH Trending

17 Tahun Bela dan Jaga, Rupanya Ada Kisah Mengejutkan di Sebalik Janggut Panjang Suami Heliza Helmi

Tiada angin tiada ribut, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Heliza Helmi selamat bergelar isteri kepada seorang dan jutawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman semalam.

Bagaimanapun, imej janggut Mahadi yang mencecah paras perut lebih mengundang perhatian warganet.

Ini kerana jarang melihat seseorang berpenampilan seperti itu.

Menerusi ciapan di laman Twitter, beberapa indivu dipercayai kurang gemar bagi melihat imej ahli perniagaan itu selain dituduh tidak secocok dengan Heliza atau mesra dipanggil Kak Ja.

Sementara itu, menerusi satu video di akaun TikTok @produk.muslim.bmf, difahamkan ahli perniagaan dari Pulau Pinang itu sudah 17 tahun menyimpan janggutnya sejak berusia 22 tahun.

Meninjau ke ruangan komen, terdapat segelintir membidas semula kutukan tersebut.

Namun tidak kurang ada juga yang berterusan mempersoalkan imej Mahadi.

Terdahulu, pasangan itu bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dimana Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

Sumber: Twitter , TikTok @produk.muslim.bmf , Instagram Aqo Imran & Arkadiusgift & PWB HQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *