Kisah Rakyat OH Trending

Ramai sebak lihat kereta berdebu di KLIA didakwa milik mangsa tragedi pesawat

Tragedi kehilangan dan kemalangan pesawat di Malaysia beberapa tahun lalu benar-benar menyentap hati seluruh rakyat Malaysia.

Jika MH370 masih lagi hilang dan tiada langsung khabar berita mengenainya sejak 8 Mac 2013, MH17 pula ditembak jatuh di sempadan Ukraine sehingga mengorbankan semua penumpang serta anak kapal pada 17 Julai 2014.

Kedua-dua tragedi pahit ini masih lagi dikenang dan diingati kerana ia merupakan sejarah hitam yang terjadi di Malaysia.

Kereta ditinggal berdebu

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @YourJiranStory, dia telah memuat naik keadaan sebuah kereta yang sudah berdebu di parking Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang ada kena-mengena dengan penumpang serta anak kapal kedua-dua pesawat berkenaan.

Memang banyak dekat airport kereta mangsa MH370

Menurutnya, memang ada beberapa kenderaan milik mereka yang masih lagi tidak diambil dan dibiar berdebu di ruangan parking.

Perkongsian tersebut sangat menyentuh hati kerana semua sedia maklum berkenaan nasib-nasib mangsa yang terlibat dalam salah satu tragedi menyedihkan itu.

Walau bagaimanapun, ramai yang beranggapan bahawa kenderaan berkenaan adalah milik mangsa pesawat MH370 memandangkan ia terbiar di KLIA.

Ambil dan letak di muzium

Waris masih mengharap mangsa pulang

Bapa hari2 tunggu anak pulang

Sayu dan sedih

Penantian tanpa penghujung

Kereta sewa penyewa tinggalkan?

Akan tetapi, ada juga pihak yang mendakwa perkongsian terbabit tidak tepat kerana pemilik kereta itu tidak ada dalam senarai nama mangsa-mangsa tragedi pesawat.

Boleh jadi ia hanyalah kereta sewa yang diletakkan di situ untuk tujuan memudahkan urusan orang lain bergerak pada masa tersebut.

Mangsa MH17 kot tengok dari roadtax

Namun, kesemua kenyataan tersebut tidak dapat dipastikan kebenarannya kerana belum ada sebarang penjelasan daripada pihak-pihak berwajib berkenaan tempat meletak kereta seperti yang tular semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *