OH Trending

Gara² Tegur Produk Kvrus Macam Smpah, Dr Rafidah Dibidas Oleh Ust Kazim dan Rita Rudaini

Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah menerusi sebuah video di laman TikTok, tampil memberikan peringatan penting.

Ia khusus kepada orang ramai mengenai produk kurus yang semakin laris dijual di pasaran.

Menerusi semakan pihak OHBULAN! penceramah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) turut meninggalkan komen menerusi video ‘peringatan’ Dr Rafidah.

Menerusi komen tersebut, Ustaz Kazim menjelaskan terdapat khasiat yang terdapat dalam dalam daun senna.

Dan meminta supaya Dr Rafidah lebih berhati-hati selepas ini.

Bagaimanapun, mungkin berlakunya salah faham berikutan apa yang cuba ‘ditekankan’ oleh Dr Rafidah adalah produk kurus sampah bukannya daun senna semata-mata.

Sumber: Rita Rudaini & Dr. Rafidah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *