OH Trending

Peminat Terkejut Bila Nama NeeIofa Terkait Sama, Sekali Lofa Terus Balas di Komen Live Ebit Lew

Nampaknya, sidang media yang dibuat Ustaz Ebit Lew (UEL) sebentar tadi kembali menjadi bualan netizen di media sosial.

Ianya berhubung kontroversi yang berlaku sejak beberapa hari lepas.

Tindakan infleuncer terkenal, Caprice, Presiden Cinta Gaza Malaysia (CGM) Nadir Al Nuri Kamarulzaman dan beberapa pihak lagi yang membuat tuduhan kepadanya.

Isu itu sedikit sebanyak telah mengguris perasaan pendakwah tersebut lebih-lebih lagi baru kehilangan ayah tersayang.

Jadi, selepas membuat laporan polis semalam, beliau telah melakukan sidang media bagi menjawab segala tohmahan.

Dan yang pastinya telah mencemarkan nama baiknya dalam melakukan kebajikan.

Bersihkan Nama

Di awal sidang medianya, beliau memaklumkan tetap menghormati individu-individu seperti Caprice dan Nadir Al-Nuri.

Ia walaupun ada beberapa penjelasan mereka agak bersimpang dengan realitinya serta mengguris perasaan Ebit Lew.

Jadi, sidang media tersebut adalah jawapan daripada soalan-soalan  yang berkecamuk terutamanya mengenai penulisan Nadir Al Nuri semalam.

Pertama sekali, Ustaz Ebit Lew (UEL) memaklumkan yang beliau telah pergi ke sana menggunakan duit sendiri.

Beliau juga tidak pernah membuka sebarang tabung untuk pergi ke Gaza.

Jadi, UEL meminta soalan tersebut ditanyakan semula kepada Nadir Al Nuri memandangkan individu tersebut membuka tabung dan mengutip sumbangan untuk pembangunan Gaza.

Tidak Balas Wasap Sebab Harga Mahal

Selain itu, isu berkenaan pihak UEL dikenali sebagai Ustaz Zul tidak membalas WhatsApp kepada Nadir turut dijawab beliau.

Ini apabila memaklumkan berkenaan proposal yang dihantar Nadir adalah mengenai qoutation barang yang berharga 40 dolar.

Jumlah tersebut dianggap mahal kerana mereka mendapat lagi yang lebih murah iaitu kira-kira 20 dolar.

Jadi, isu tak membalas WhatsApp bukan isu besar.

Disamping itu, isu soalan ‘jalan-jalan di Cairo’ itu turut dijawab UEL. Menurutnya, pada awal beliau hanya mahu hantar bantuan kepada Bulan sabit Merah Mesir dan balik.

Memandangkan beliau mengikut tourism, beliau hanya ke sekitar hotel sahaja.

Isu berkenaan membeli barang di Cairo pula adalah barang-barang perubatan memandangkan barang tersebut tiada di Gaza.

Barang-barang keperluan lain juga ada dibeli di Gaza. Jadi, Nadir tidak patut mempersoalan hal tersebut.

Tidak Pernah Buat Live

Ebit Lew juga mengatakan sememangnya tidak pernah membuat live sepanjang membuat misi kemanusiaan.

Jadi teguran yang dibuat kepada Nadir adalah perkara biasa dilakukan sebelum ini.

Beliau mengatakan yang memasuki Gaza memerlukan 21 jam untuk perjalanan sahaja.

Dengan 21 checkpoint, 21 jam dan diiringi 12 kereta kebal sudah tentu keletihan, tak sempat makan dan juga tidak sempat ke tandas.

Jadi, beliau tidak perasan kehadiran Nadir kerana mahu cepat-cepat melakukan solat jamak.

Seusai majlis beliau terus ke hotel dan hanya berada di Gaza 3 hari kerana ayah sedang tenat.

Ebit Lew turut meminta orang lain menghormati cara masing-masing dalam memberi bantuan kerana beliau ada cara tersendiri membantu.

Hal ini susulan tuduhan membina rumah anak yatim yang bukan ‘budaya’ masyarakat Arab.

Tidak Pernah Kenal Nama Syarikat HALA

Paling kemuncak, beliau menjawab soalan berkenaan syarikat HALA  yang dikatakan membawa teamnya ke Gaza.

UEL menegaskan beliau tidak tahu sama sekali berkenaan syarikat tersebut kerana mereka memasuki negara tersebut melalui Kedutan Malaysia dan Wisma Putra.

Beliau jelaskan pernah menghubungi syarikat Mile of Smile dan mendapati cara masuk ke sana bernilai 10 ribu dolar, iaitu kira-kira RM50 ribu.

Sedangkan beliau memasuki Gaza dengan bantuan syarikat Lucky tour bernilai 2,500 ribu dolar iaitu kira-kira RM10,000 sahaja sekepala.

Namun, yang membuatkan mereka lama di sana adalah mendapat kelulusan dua pihak iaitu Kerajaan mesir dan juga kelulusan Mesir.

UEL juga menjawab lagi beberapa tuduhan yang diterima dan menjelaskan apa sebebarnya berlaku disebalik kontroversi tersebut.

Jadi, beliau berharap segala tuduhan tersebut dijawab dan membersihkan namanya.

Caprice kaitkan nama2 selebriti

Dalam salah satu perkongsian panjang lebar beliau tentang persoalan-persoalan yang dilemparkan, UEL ada menjawab berkenaan tuduhan Caprice.

Dia telah mendakwa pendakwah itu membawa ‘lari’ proposal misi kemanusiaan yang sepatutnya disertai oleh beberapa selebriti dan pihak tertentu.

Sehubungan dengan dakwaan tersebut, UEL ada memaklumkan yang perkara terbabit sama sekali tidak benar.

Dan beliau tidak pernah berjumpa dengan kesemua selebriti yang dinyatakan sebelum berangkat ke Gaza.

Neelofa Nafi Terbabit Sama

Mendengar namanya turut ‘dipetik’, Neelofa telah meninggalkan komen diruangan IG live Ebit Lew memaklumkan yang hal tersebut tidak benar sama sekali.

Dia bercadang akan menghubungi Caprice sendiri dan ingin bertanyakan mengapa mengaitkan nama orang lain dalam permasalahan tersebut.

Jangan Naikkan Isu Tidak Berasas

Oleh itu, Neelofa meminta agar dirinya dan individu-individu lain tidak dikaitkan dengan sebarang isu tidak berasas seperti yang dilakukan oleh Caprice menerusi ‘pendedahan’ yang dibuat influencer terbabit tempoh hari.

Terdahulu, Caprice ada memuat naik satu tangkapan skrin berkenaan mesej yang diterima mendakwa UEL mengambil kertas kerja misi kemanusiaan yang sepatutnya disertai oleh beberapa orang selebriti dan membawanya kepada Datuk Seri Hishammuddin.

Hal ini dikatakan menjadi punca mengapa dia dan Nadir Al Nuri ‘dipalau’ ketika misi kemanusiaan tersebut berlangsung.

Mana Hilang RM20 Juta?

Dalam pada itu, Ustaz Ebit Lew mempersoalkan bagaimana RM20 juta yang dikumpul Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri hasil kutipan tabung derma diagihkan kepada rakyat Palestin.

Menerusi sesi sidang media yang disiarkan secara langsung di media sosial sebentar tadi, Ebit terpaksa bertanya mengenai perkara tersebut.

Ia selepas segelintir warganet mendakwa beliau menggunakan duit sumbangan rakyat Malaysia untuk menjayakan misi kemanusiaan di Gaza.

Nadir Kumpul 20 Juta

Menjawab tuduhan tersebut, pendakwah berusia 36 tahun itu berkata, beliau telah menggunakan duitnya sendiri.

Ini bagi menanggung segala kos perbelanjaan sepanjang berada di sana.

Nadir Kumpul 20 Juta

“Ramai yang maki saya, mereka ingat saya bawa duit rakyat Malaysia pergi sana.

Yang kumpul duit ini adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dimana kali ini diketuai oleh Nadir.

“Ada dalam live, dia beritahu dapat RM20 juta. Jadi yang kumpul duit ni adalah Nadir. Bukan sikit, banyak dia kumpul hasil kebaikan rakyat Malaysia.

Nadir Kumpul 20 Juta

“Jadi dia tanya saya… patut soalan tu dituju kepada beliau, terangkan mana duit RM20 juta tu. Saya pun bukan nak tanya, tapi ada yang maki saya.

“RM20 juta tu setahun, tahun depan RM20 juta lagi dan seterusnya.

Banyak NGO kat sana yang baik dan ikhlas, tapi saya tujukan soalan pada Nadir. Ada bukti, resit begitu begini?,” soalnya.

Nadir Kumpul 20 Juta

Caprice Kecewa

Semalam, Ustaz Ebit Lew telah membuat laporan polis mengenai tuduhan serta fitnah-fitnah yang dilemparkan kepadanya sejak kebelakangan ini.

Susulan itu, penyanyi rap terkenal Caprice membatalkan Instagram Live yang dijadualkan berlangsung pada jam 10 semalam serta meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pihak tertentu.

Pemilik nama Ariz Ramli itu mencoretkan luahan hatinya berkenaan isu terbabit menerusi ruangan Insta Story di Instagram miliknya.

 

Nadir Kumpul Shg 20 Juta Setahun Hasil Derma Org Ramai, Ebit Lew Bongkar Siapa yg Sepatutnya Ditanya

“Saya sudah minta maaf dan tak nak keruhkan keadaan lagi, tapi kita sangat kecewa dengan pihak-pihak yang berguna kuasa untuk sembunyikan orang lain.

“Ini adalah kali kedua perkara macam ini berlaku tahun ini, saya dah cukup penat dan serah semua kepada Allah,” tulisnya.

Sementara itu, Caprice juga berhasrat akan memperbaiki dirinya supaya menjadi seorang insan yang lebih baik.

Biarpun masih belum ‘sembuh’ sepenuhnya, pelantun lagu BAL itu berharap keadaan mental dan fizikalnya akan bertambah lebih baik selepas mengharungi segala ujian itu.

“Saya memilih untuk memperbaiki diri, saya masih belum ‘sembuh’ dengan apa yang berlaku tetapi Insya-Allah, mental dan fizikal saya akan menjadi lebih baik selepas ini,” tulisnya lagi.

Nadir Kumpul Shg 20 Juta Setahun Hasil Derma Org Ramai, Ebit Lew Bongkar Siapa yg Sepatutnya Ditanya

Malam tadi, Caprice telah membatalkan sesi Instagram Live yang sepatutnya berlangsung tepat jam 10 malam.

Ia selepas pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew membuat laporan polis berkaitan kontroversi berhubung misi bantuan Gaza.

Terdahulu, Caprice telah memuat naik beberapa pendedahan berkenaan misi kemanusiaan team Ebit Lew sehingga membuatkan ramai yang terkejut.

Namun, pendedahan daripada Nadir Al Nuri pagi tadi benar-benar memberi tamparan kepada semua.

Ini apabila beliau menulis berkenaan kontroversi misi kemanusiaan yang dijalankan oleh pihak pendakwah tersebut baru-baru ini.

Sumber: Facebook Ebit Lew, Instagram (komen) Neelofa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *