OH Trending

Bila Dengar Ura² Erra Fazira Nikah Ahli PoIitik, Terus Azwan Ali Bagi Komen Padu

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai dakwaan pelakon dan penyanyi Erra Fazira bernikah dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Seperti menjawab khabar angin yang sedang bertebaran di media sosial, menerusi satu perkongsian di Instagram Erra enggan mengambil pusing mengenai dakwaan berkenaan.

“Apa, tak habis-habis cerita tentang kahwin ini? Apapun, manusia memang suka bercakap, jadi biarkan sahaja mereka berseronok,” tulisnya.

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Erra menafikan dakwaan berkenaan serta mengatakan dia masih lagi ibu tunggal serta meminta doakan agar dia dipertemukan jodoh satu hari nanti.

“Sudah la tu….Letih dengan cinta, putus cinta, kahwin, tak kahwin. Status saya masih lagi ibu tunggal.

“Apa yang saya pinta, doakan saja segala yang terbaik seandainya dipertemukan jodoh satu hari nanti.

Sekiranya masa itu tiba nanti, doakan jodoh itu yang membahagiakan dan berkekalan hingga ke jannah,” katanya.

“Setakat ini, saya masih sendiri dan tidak ada sebarang ikatan dengan sesiapa,”

Kata pelakon, penyanyi pengacara Erra Fazira yng tidak berhasrat untuk selamanya bergelar ibu tunggal dan bersedia untuk berkahwin jika bertemu lelaki yang tepat.

Pernah dua kali berdepan kegagalan rumah tangga, Erra menerima ketentuan takdir mahligai yang dibina tidak kekal sehingga ke akhir hayat.

Sudah empat tahun bergelar ibu tunggal, Erra mengakui hubungannya dengan penyanyi Shahir yang sebelum ini hangat diperkatakan itu sudah lama berakhir.

Bagaimanapun, Erra berkata dia tidak boleh membuat keputusan sendiri dalam hal perkahwinan kerana perlu mendapat persetujuan anaknya, Engku Aleesya.

“Saya ada tanya Aleesya. Tetapi dia jawab ‘tidak payahlah’. Saya harap dia cuma bergurau sahaja kerana saya sendiri pun tidak mahu ‘melopong’ (bergelar janda) sahaja selama-lamanya.

Dia tidak kisah kalau ayahnya berkahwin, asalkan saya tidak. Itu adalah hidupnya dan saya tak mahu bercakap apa-apa,” ujarnya.

Terdahulu, pengguna Twitter itu turut mempersoalkan sama isteri pertama kepada ahli politik itu tahu dirinya dimadukan atau tidak.

Mustahil Bintang Segah Erra Main Rembat Je”

Perkara itu turut mendapat perhatian pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA. Diva AA mendakwa dakwaan itu mustahil berlaku.

Kata Diva AA lagi, tidak mungkin artis segah Erra Fazira akan memilih seseorang seperti Azumu berserta kata-kata cacian buat mereka menyebarkan dakwaan berkenaan.

Terdahulu, Erran dan Faizul Azumu menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia hanyalah sebagai fiitnah semata-mata.

Malah, Erra turut menjelaskan bahawa status dirinya masih lagi ibu tunggal serta meminta doakan agar dia dipertemukan jodoh satu hari nanti.

Manakala menurut Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan, Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh, dakwaan tersebut sama sekali tidak benar.

“Tidak betul”, katanya yang menafikan khabar angin yang mendakwa Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ini sudah bernikah dengan pelakon dan penyanyi terkenal Erra Fazira.

Dakwaan tersebut adalah tidak benar sekaligus menafikan khabar angin yang tersebar sejak pagi tadi.

Gosip panas yang dibangkitkan seorang pengguna Twitter, abam_kumis yang mendakwa pelakon jelita itu kini bergelar isteri kedua Menteri berkenaan mendapat pelbagai respon dari netizen.

Malah ramai juga yang mengucapkan tahniah kepada pelakon terbabit.

“Dengar khabar, Erra Fazira sudah menjadi isteri kedua kepada seorang ahli politik. Isteri pertama tahu tidak?” tulis pengguna Twitter terbabit.

RK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *