OH Trending

Mesej Tidak Berjawab, lstri Sebak Suami Diam Rupanya Sudah Mninggal Dunia

Sungai Petani: “Selamat pagi sayang… Assalamualaikum sayang,”

Itu kiriman mesej WhatsApp terakhir Azliza Mohd Rosli, 37, kepada suaminya sebelum mengetahui lelaki terbabit sudah meninggal dunia akibat Cvd-19, petang Jumaat.

Suaminya, Hamzah Md Yusuf, 44, meninggal dunia selepas sembilan hari menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, akibat dijangkiti vrus itu.

Katanya, dia tidak dapat melepaskan mata sepanjang malam apabila mesej yang dihantar tidak dijawab, malah panggilan juga tidak terjawab.

“Kami berbual dalam WhatsApp bermula jam 12 tengah malam, sebelum meminta izin suami untuk membuat panggilan video dan memintanya supaya jangan tidur.

“Suami ada membalas memberitahu yang dia sukar untuk tidur dan itulah kata-kata terakhirnya kerana panggilan video yang dibuat kepadanya langsung tidak dijawab,” katanya.

Menurutnya, dia beranggapan suaminya mungkin keletihan dan ingin berehat, namun Azliza tetap mencuba menghantar mesej kepada suaminya itu.

“Saya masih cuba menghubungi suami kerana tidak tahu yang dia sebenarnya sudah ditidurkan.

“Sekitar 8.30 malam, barulah saya menerima panggilan telefon dari hospital yang memaklumkan suami sudah meninggal dunia,” katanya.

Azliza berkata, arwah suaminya bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di Kuala Ketil dan mereka bertemu jodoh hampir tujuh tahun lalu selepas pasangan masing-masing sudah meninggal dunia.

Allahyarham Hamzah meninggalkan tiga anak bersama bekas isteri dan seorang lagi hasil perkahwinan bersama Azliza.

Azliza pula mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya.

Semua termasuk tiga anak tirinya tinggal bersama Azliza serta mereka sangat rapat dan memanggilnya dengan gelaran umi.

Azliza berkata, dia kini buntu bagaimana untuk menyara keluarga memandangkan sebelum ini arwah suaminya yang menjadi tonggak keluarga.

“Saya memang tidak pernah bekerja dan kini hanya menggunakan baki wang yang ada untuk menyara keluarga,” katanya.

Sumber Kosmo, Artikel diterbitkan pada 16 Ogos 2021 dan disiarkan semula supaya kita bersama dapat menyedekahkan doa dan alfatihah.

Semoga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.
Salam takziah buat keluarga arwah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *