OH Trending

Ingin BeIi Ubat Atuk Umur 70 Thn, Remaja Ini yg Sara Semua Adik² “Minta Bantuan Org Kampung Tak Layan”

Kes seorang remaja berusia 19 tahun yang mengaku bersalah cuba mencvri tabung masjid dan disorokkan ke bilik mandi jenazah masih hangat diperbualkan.

Mana tidaknya, video remaja tersebut yang dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid telah tular di media sosial.

Walau bagaimanapun, peguam kepada pemuda tersebut, Azman Abdullah telah tampil memohon hukuman berbentuk pengajaran kepadanya.

Ia dengan alasan kesalahan berkenaan adalah kali pertama dilakukan dan anak guamnya yang juga sudah insaf.

Tertuduh juga memohon maaf kepada pihak masjid serta mahkamah atas tindakan yang dilakukan.

Tambahnya, dia berbuat demikian kerana mahu membeli ubat buat datuknya yang berusia 70 dan menghidap penyakit kencing manis.

Dia turut  menjelaskan sudah meminta bantuan dari beberapa orang namun, mereka juga tidak dapat membantu.

“Anak guam saya memohon maaf kepada mahkamah dan pihak masjid.

Alasan dia (cuba mencvri) kerana dia perlukan duit untuk membeli ubat datuknya yang menghidap penyakit kencing manis.

Dia cuba meminta kepada orang tetapi mereka tidak boleh tolong.”

“Anak guam saya merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik dan ibu bapanya telah bercerai sejak dia berusia lapan tahun.

Dia tinggal bersama datuknya berusia 70-an dan kehidupan mereka bukan senang.

Makan dan minum juga daripada sedekah jiran-jiran,” kata Azman yang merupakan peguam pro bono (tanpa bayaran atau sukarela).

Menerusi makluman dari Bernama lagi, sebelum ini siak masjid berkenaan mendapati tabung masjid hilang.

Dan memeriksa rakaman video tertutup (CCTV) sebelum memaklumkan kepada ahli jawatankuasa masjid.

Mereka mengesyaki suspek merupakan orang yang tinggal di sekitar masjid sebelum mereka membuat rondaan dan menemui individu yang sama seperti dalam CCTV.

Ketika dihampiri dan ditanya tentang perkara tersebut, remaja berkenaan mengaku dan pihak masjid segera menangkap sebelum menghubungi pihak polis.

Terdahulu, rakaman video jemaah masjid memandikan seorang remaja seperti jenazah tular di media sosial.

Dia telah dilumurkan dengan kapur barus sebelum dicucur dengan air paip oleh ahli jemaah masjid sehingga mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen.

Sumber: Bernama, Kredit foto: Bernama (Nur Aimidiyana Zuher)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *