OH Trending

Peguam Cadangkan Hukuman yg Sesuai utk Lofa dan Suami, Dakwa dan Dipenjara

Sejak semalam hangat diperkatakan netizen mengenai selebriti popular Neelofa dakwaan merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan.

Perkara itu turut mendapat perhatian pengarah dan penerbit terkenal, Shahrulezad Mohameddin yang menasihati usahawan itu supaya memperlahankan memuat naik aktiviti di media sosial.

Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai BudakIjat meminta Neelofa berbuat demikian memandangkan dia dan suaminya, Harris Ismail kini menjadi perhatian ramai.

“Saya tegur dan beri nasihat ini kerana ambil berat. Harap, dia (Neelofa) tak ambil hati.

Nasihat ini, saya tujukan juga kepada kawan artis dan selebriti lain.

“Kalau dapat rentas negeri tu, senyap-senyap sudah. Tak payah nak kongsi segalanya di media sosial masing-masing. Setakat beli karpet je pun.

“Netizen bukannya suka sebab kebanyakan netizen tak dapat kelebihan yang sama macam kamu semua yang boleh sewenang-wenangnya rentas sana sini atas gelaran selebriti.

Tolong jangan bangkitkan kemarahan orang ramai,” katanya.

Shahrulezad berkata dia merasakan usahawan terkenal itu mempunyai sikap ‘laparkan’ perhatian apabila sering kali mencetuskan kontroversi.

“Kadang-kadang, saya rasa Neelofa ni memang sejenis craving (laparkan) perhatian sebegini.

Sengaja cari masalah. Sikit punya banyak kedai karpet di Kuala Lumpur, yang kau gigih merentas sampai ke Nilai tu, dah kenapa?

“Tu satu hal la. Cuma, kenapa memuat naik video di Instagram Story tu dan kemudian padam.

Kau tak tahu ke netizen kita ni semua sejenis ikan jerung laparkan darah, yang pantang ko buat silap?

“Minggu lepas, kau muat nak gambar burger, lepas tu padam. Orang kecam, kau dengan ayat pijak semut tak mati cakap netizen bersangka buruk pada kau.

Lepas tu, buat benda sama lagi sekarang. Kau dah kenapa? Suka ek orang kecam cerca macam ni? Lapar ek?,” katanya.

Dalam pada itu, Shahrulezad berkata sudah tiba masanya dia memberi teguran dan nasihat kerana dengan imej Neelofa yang kini berniqab sepatutnya disayangi ramai dan bukan semakin dibenci.

Peguam cadang Neelofa, suami dikenakan hukuman lebih berat

Manakala Peguambela dan Peguamcara, Asiah Abd Jalil berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan lebih tegas.

Ini dengan mengenakan hukuman setimpal atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covd-19.

Asiah berkata, hukuman yang dikenakan sebelum ini tidak lagi relevan dengan hanya mengenakan kompaun sebagai denda.

Tangkap layar Facebook Asiah Abd Jalil

“Kesalahan berikutnya mungkin dah tak sesuai nak kompaun.

Neelofa dan laki lebai (PU Riz) dia tu perlu didakwa di mahkamah dan dihukum penjara.

“Minah (Neelofa) tu tak serik. Betul ke mak dia rasa sejuk masa mengandungkan dia?”

Katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya pada Isnin.

Paparan video berdurasi 15 saat dipercayai dimuat naik Neelofa di Instagram (IG) Story, memaparkan dirinya dan suami berada di salah sebuah kedai di lokasi disyaki Pusat Borong Nilai 3 di Nilai, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, semakan mendapati IG Story berkenaan sudah dipadamkan disyaki selepas mendapat perhatian netizen.

Dalam hantaran berasingan, Asiah turut mendakwa tindakan yang dilakukan oleh selebriti berkenaan seolah-olah mempunyai agenda tertentu.

Beliau berkata, Neelofa turut memuat naik beberapa gambar mesra bersama suaminya kemudian disusuli dengan pelancaran produk baharu.

Polis Akan Panggil Untuk Melakukan Siasatan

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, Neelofa dan PU Riz akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, dalam masa terdekat.

“Kami telah menjalankan siasatan berkaitan penularan gambar dan video membabitkan selebriti berkenaan dan suaminya di laman sosial.

Ia dipercayai berada di sebuah premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3.

“Sehubungan itu, mereka akan dipanggil ke IPD ini dalam masa terdekat untuk memberi keterangan berkaitan perkara berkenaan.

“Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Dan Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat NO. 4) 2021,” katanya.

Sebelum ini, warganet mengkritik tindakan selebriti itu yang didakwa melanggar SOP ketika berada di Langkawi.

Ia berikutan tular beberapa gambar dan video menunjukkan pasangan itu sedang berbulan madu selepas mendirikan rumah tangga pada 27 Mac lalu.

Bagaimanapun, pada 9 April lalu, Neelofa tampil memohon maaf susulan kontroversi yang terpalit pada dirinya berhubung isu pelanggaran SOP ketika berkunjung di Langkawi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *