OH Trending

MUA Bagi Alasan Tak Masuk Akal Bila Ditegur Make Up Tak Cantik Masa Majlis Nikah

Bergelar raja sehari sudah pasti membuatkan pasangan pengantin mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna dan berjalan seperti mana yang telah dirancang dari awal.

Bahkan, persiapan yang rapi telah dibuat termasuklah membayar perkhidmatan make up artist (jurusolek), jurugambar, pihak katering dan banyak lagi.

“Cuba tengok apa dia buat dekat kening aku, lepas itu salahkan aku ‘kening awak tebal sangat’.

Aku survey dulu before ambil. Orang lain elok je dia make up kena dekat aku cincai.”

Mengulas lebih lanjut, wanita ini turut mendakwa telah membayar mahal bagi perkhidmatan solekan tersebut.

Namun, jurusolek itu sama sekali tidak mengambil gambarnya sebelum dan selepas disolek.

“Dahlah rushing tak tentu hala. Ye memang kening aku tebal sebab itu aku upah kau untuk buat kening aku nampak kemas.

MUA sanding dan bertanding elok je make up kening aku. Tak ada pula salahkan kening tebal ke nipis.”

Sumber: Nursyazniputeh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *