Dulu dipuji, sekarang dikeeji? Itu tanggapan warganet di Twitter terhadap Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA.
Ini apabila selebriti kontroversi itu yang seolah-olah ‘cakap tak serupa bikin’, lapor Kosmo! Online.
Semuanya bermula apabila selebriti berusia 55 tahun itu didakwa menerima ‘elaun sara hidup’ daripada abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau juga Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Cincang Air Takkan Putus



Berlakon je ke Selama ni?

Kau dengan kau, sama 2×5
Apa pun tetap adik beradik
Ni kategori elaun apa ni ye?
Tak Sangka ini yg Berlaku di IG Azwan Ali
Seorang pengguna Twitter, @techboy_88 menulis, bekas pengacara tersohor itu tidak lagi membuka ruangan membalas ciapan.
Ianya selepas didakwa menerima sejumlah wang tersebut.
“Sejak Azwan Ali kantoi dapat “elaun sara hidup” dari abang dia, terus dia tak bagi followers nak komen kat posts dia.
Begitulah roda kehidupan. Minggu lepas kau kat atas. Minggu ni kau kat bawah,” tulisnya.
Sejak Azwan Ali kantoi dapat "elaun sara hidup" dari abang dia, terus dia tak bagi followers nak komen kat posts dia. Begitulah roda kehidupan. Minggu lepas kau kat atas. Minggu ni kau kat bawah.
— Kucing Hitam (@techboy_88) June 28, 2021
Menurut laporan Kosmo! Online lagi, ada netizen mendakwa kelantangannya selama ini dalam mengkritik pihak kerajaan termasuk abangnya sendiri adalah bagi mengaburi mata orang ramai.
Sebelum ini, tular sekeping foto transaksi sejumlah wang yang turut terpampang nama ‘Azwan Ali’ sehingga mengundang perdebatan warganet.
Selama ni wayang je la Azwan Ali dok bergaduh dengan Azmin Ali.Padahal elok je dapat 800k USD.Kaya betul anak beranak Azmin Ali pic.twitter.com/yhhETe1myn
— Abdul Rani Kulup Fans (@KulupFans) June 28, 2021
Namun, tidak dapat dipastikan mengenai kesahihan foto tersebut.
Sumber: Kosmo! Online (Mohd. Haikal Isa) , Twitter