OH Trending

Gadis Bingung Tetiba Laki Tak Kenal Tertidur Atas Bahu, Sekali Netizen Perasan Sesuatu

Seorang gadis seolah-olah terkejut apabila penumpang lelaki di sebelahnya tertidur di atas bahunya.

Ia dipercayai berlakh di dalam sebuah kapal terbang ketika menuju ke satu destinasi, baru-baru ini.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter, gadis berseorangan diri itu memuat naik sekeping foto memaparkan dirinya bersama lelaki tersebut yang terlentok di bahu akibat terlena.

“Travel alone tapi tetiba mamat sebelah ni tertidur atas bahu i. Tak tahu nak respond apa ni,” tulisnya petang semalam.

Ciapan itu diulang kicau sebanyak 1,381 kali dan menerima hampir 3,400 tanda suka.

Pelbagai reaksi serius dan berseloroh dalam kalangan warganet berhubung kejadian berkenaan.

Selain masing-masing berkongsi pengalaman berdepan situasi seperti itu, ramai menasihati gadis terbabit agar bertindak sesuatu.

Ini kerana terdapat segelintir individu gemar mengambil kesempatan terhadap wanita.

Tidak cukup dengan itu, ada juga warganet mendakwa gadis tersebut kononnya tidak tahu untuk bertindak berkemungkinan lelaki terbabit juga mempunyai rupa paras yang tampan.

Bagaimanapun, tiada penjelasan lanjut daripada gadis berkenaan berhubung kejadian itu.

Harap bukan sekadar ‘content’, tak elok sekiranya jadi ikutan gadis lain!

Jangan mudah biarkan ‘stranger’ dekati kita.

Sumber: Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *