OH Trending

Lelaki Berusia 38 Tahun Tiba-Tiba Rebah dan Mninggal Dunia Tepi Kereta, Punca Kejadian Disiat

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki dilaporkan rebah di hadapan kedai dobi dekat Taman Tunku Hamimah, di sini kira-kira jam 8.50 pagi Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abd Rahman berkata, mangsa berusia 38 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi kenderaan jenis Perodua Kancil warna putih.

Menurutnya, kejadian disedari seorang petugas kebersihan di kawasan terbabit yang ternampak mangsa tiba-tiba rebah.

“Saksi memberitahu mangsa ketika itu sedang berjalan kaki menuju ke sebuah kedai dobi,” katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut Anuar, polis sedang mengesan identiti dan ahli keluarga mangsa untuk siasatan lanjut.

“Pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia dan telah membuat sanitasi di lokasi kejadian,” katanya.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk tindakan lanjut.

Katanya, ujian saringan Cvd-19 akan dijalankan sebelum proses bedah siasat.

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber Kosmo, Artikel diterbitkan pada 7 Ogos 2021 dan disiarkan semula supaya kita bersama dapat menyedekahkan doa dan alfatihah.

Semoga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.
Salam takziah buat keluarga arwah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *