OH Trending

Dikatakan Bercuti Sekeluarga ke Turki Bersama Azmin Ali, Netizen Dakwa Video Tersebut Dari Youtube

BANGUNAN ikonik Turki, Hagia Sophia menjadi antara destinasi wajib bagi sesiapa yang berkunjung ke negara itu.

Terbaharu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut dilihat bergambar di lokasi popular itu.

Menerusi posting Instagram Turkey Local Guides, (KEMAS KINI: posting telah dipadam) Azmin dilihat merakam foto dengan seorang lelaki, dipercayai pemilik media sosial berkenaan.

Jika disoroti keterangan pada Intagram, lelaki yang bergambar dengan Azmin itu menggelarkan dirinya sebaga Necdet, yang juga pemandu pelancong berlesen sejak tahun 2008.

“Ia merupakan satu penghormatan untuk membawa Mr Muhammed Azmin Ali (Menteri Kanan Malaysia).

“Dia sanggup dan bersabar (meluangkan masa) mendengar kisah-kisah mengenai Hagia Sophia, ” ujar pengendali Instagram itu.

ig

Perkongsian menerusi Instagram Turkey Local Guides.

Dalam posting sama, pengendali Instagram Turkey Local Guides turut memohon maaf atas kesilapan fakta yang dikongsi sebelum ini menerusi kapsyen asal posting berkenaan.

Malah, ruangan komen pada posting itu turut ditutup.

“Maaf kepada semua rakyat Malaysia. Saya membuat kesilapan berkongsi informasi salah.

“Ia merupakan delegasi rasmi MITI. Kunjungan ini sebahagian program yang dianjurkan oleh kerajaan Turki.

WhatsApp Image 2021-07-12 at 9.11.58 PM (1)

Posting asal.

“Kami dibawa ke sana untuk solat Asar, ” ujarnya.

Dalam pada itu, semakan mStar di laman Twitter mendapati ramai netizen mengecam lawatan itu.

Untuk rekod, Azmi berada di Eropah untuk lawatan rasmi dan sebelum ini berada di Austria untuk bertemu dengan Menteri Persekutuan bagi Hal Ehwal Digital dan Ekonomi Austria, Dr Margarete Schramböck.

“Tak Tahu Macam Mana Lagi Nak Buktikan Kitorang Ada Dekat Malaysia” – Amira Azmin

Salah seorang anak Azmin Ali menjelaskan bahawa keluarganya tidak mengikuti Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam lawatan rasmi ke Turki.

Menteri kanan itu menerima kecaman semalam setelah dia melawat bangunan bersejarah, Hagia Sophia ketika berada di Turki

Pada mulanya terdapat dakwaan bahawa Azmin membawa keluarganya dalam lawatan itu.

Bagaimanapun anak perempuan Azmin, Farah Amira malam tadi cuba menjelaskan perkara sebenar menerusi media sosial.

“Tak tahu macam mana lagi nak buktikan kita orang dekat Malaysia,” katanya sambil memaparkan gambar dia dan adik-beradiknya di depan televisyen yang menunjukkan saluran TV3.

Dia juga menyiarkan gambar dan kapsyen yang sama di Instagram Story.

Tidak kelihatan dalam gambar itu adalah isteri Azmin, Shamsida Taharin.

Pemandu pelancong yang membawa Azmin mengelilingi Hagia Sophia pada mulanya menyiarkan di Instagram yang dia membawa menteri itu “dan keluarganya” di sekitar lokasi bersejarah itu.

Lelaki itu pada awalnya menulis di Instagram bahawa dia menjadi pemandu pelancong untuk Azmin dan “keluarganya”.

Pun begitu, perkataan “keluarga” itu kemudian dikeluarkan.

Hantaran itu akhirnya dipadamkan daripada akaun Instagram 

Netizen memberi reaksi terhadap twit tersebut antaranya

buka utube pun boleh je access mana-mana

kami nk tengok video ramai-ramai

Ciapan tersebut mendapat perhatian netizen. Setakat ini lebih kurang 3700 jumlah retweet dan  1100 komen.

Sumber Amira Azmin & Malaysia Kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *