OH Trending

Dihiina Dgn Kawan Baik Sbb Niaga Tepi Jalan, Rupanya ada Kisah yg Sgt Sedih Dihadapi Gadis ini

PANDEMlK Cvid-19 yang melanda sejak lebih setahun lalu banyak mengubah kehidupan rakyat kita.

Selain hidup dalam n0rma baharu, ada sebilangan individu mengalami perubahan dalam kerjaya mereka.

Namun tidak dapat dinafikan, sebahagian besar masyarakat menjadikan kerjaya sebagai kayu ukur kejayaan seseorang.

Mereka berpendapat graduan yang menamatkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) perlu mempunyai kerjaya di pejabat ataupun makan gaji di mana-mana syarikat mahupun organisasi.

Malah jangan terkejut jika terdapat sebilangan besar masyarakat yang cenderung memandang rendah kepada graduan yang pada mereka mempunyai kerja ‘biasa-biasa’.

Bagi mereka, pekerjaan ‘biasa-biasa’ ini tidak menjanjikan pendapatan lumayan, jauh sekali mempunyai masa depan.

Begitulah yang berlaku dengan perunding kewangan berusia 24 tahun ini apabila dia diberi cuti tanpa gaji sejak empat bulan lalu.

Enggan bersedih, Shafeyy Azmi sebaliknya tampil dengan alternatif lain untuk menampung hidup dengan menjalankan perniagaan kopi Vietnam di sebuah gerai di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.

“Saya mula berniaga sejak Julai lalu. Sekarang pandemlk C0vid-19, kerja pun macam tak ada. Jadi saya pilih berniaga untuk tambah pendapatan.

“Saya sebenarnya bekerja sebagai consultant di sebuah bank dan sudah hampir empat bulan cuti tanpa gaji. Dalam keadaan sekarang, nak cari client pun susah, sebab itu saya pilih untuk berniaga.

“Saya berniaga air kerana ia tak serumit berniaga makanan. Saya juga ada sedikit pengalaman berniaga, dulu jadi dropship produk wajah,” ujar si bujang yang mesra disapa Shaffey.

shaf3

Shafeyy mula berniaga pada Julai lalu.

Bercerita lanjut kepada mStar, dia mengakui turut berhadapan pelbagai cabaran berniaga, namun tetap kuat demi mencari pendapatan untuk diri dan keluarga.

“Kita fikir diri kita, bukan orang lain. Sebab ada komitmen nak dilunaskan tiap bulan, saya tak fikir mengenai kesusahan berniaga. Tak fikir sangat, tapi saya buat saja.

Sejujurnya awal berniaga dulu ada rasa malu, tapi lama-lama saya jadi seronok.

“Penerimaan juga sangat baik, Alhamdulillah. Cuma biasalah bila berniaga gerai tepi jalan, kadang-kadang hujan. Ada pasang surutnya.

“Mak ayah juga menjadi kekuatan saya. Mereka banyak bagi dorongan kepada saya. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada pelanggan yang sokong bisnes saya.

“Ada juga yang kenal saya, mereka singgah membeli, bersembang dan bagi kata-kata semangat,” ujarnya yang menetap di Kajang.

Disebalik sokongan yang diterima, ada juga insan yang mempersoalkan pilihan Shafeyy untuk berniaga gerai minuman di tepi jalan yang diusahakannya dengan seorang lagi rakan niaga.

shaf2

Shafeyy (kiri) mengusahakan gerai itu bersama seorang rakan kongsi.

Dedah Shafeyy, dia menerima mesej di Instagram daripada seorang individu yang bertanya apakah dia tidak malu berniaga di tepi jalan?

“Kau bukan kerja bagus ke? Tak malu ke berniaga tepi jalan sekarang,” tulis individu itu.

Menurut Shafeyy, dia tak sangka akan menerima mesej berkenaan, namun menganggap ia sebagai pembakar semangat untuk dia meneruskan bisnes.

“Tak sangka ada orang perhatikan kita. Yang saya tahu, dia dulu satu sekolah dengan saya.

Saya terkejut dan agak kecil hati. Tapi saya tak kisah, sebab dia tiada di tempat saya.

“Saya cuma reply dia dan maklumkan bahawa rezeki itu ada di mana-mana. Saya ambil mesej itu sebagai satu pembakar semangat. Nak marah tak boleh, saya diam saja.

“Sejujurnya awal berniaga dulu ada rasa malu, tapi lama-lama saya jadi seronok. Saya kena kuat untuk diri sendiri,” ujarnya lagi.

Selain Syafeyy Azmi, seorang lagi gadis Fatin juga menghadapi situasi yang tidak jauh beza.

Hanya mahu dikenali sebagai Fatin Joe, wanita ini berkata situasi seumpama itu sudah beberapa kali dihadapinya sejak bekerja sambilan ketika masih menuntut di sebuah IPT swasta.

Fatin memuat naik perkongsian mengenai bisnes teh ais di Twitter.

“Masa belajar, saya banyak menimba pengalaman bekerja di beberapa tempat, antaranya jadi barista dan beberapa lagi pekerjaan sambilan kerana saya enggan bebankan ibu bapa.

“Ketika itu saya perasan kebanyakan orang lebih suka memandang rendah kepada individu yang kerja biasa-biasa.

Padahal ramai yang kerja seperti ini sambilan saja, ada yang sedang melanjutkan pelajaran ke universiti, ada yang bakal jurutera pun,” katanya kepada mStar.

Fatin yang juga penuntut peringkat Ijazah Sarjana Muda jurusan Pentadibran Perniagaan dan Pengurusan Sumber Manusia kini mengusahakan bisnes minuman teh ais, Teatin sejak beberapa bulan lalu.

Dianggarkan sehingga 30 hingga 50 botol teh ais dijual kepada pelanggan setiap hari.

Sedang menjalani latihan industri (internship) di sebuah syarikat minyak dan gas di ibu negara, wanita berusia 23 tahun ini makin ligat mengusahakan perniagaannya lantaran sambutan yang diterima begitu menggalakkan.

“Sebenarnya saya mula buat bisnes ni masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu.

Kebetulan memang suka minum teh ais, jadi memang hari-hari bancuh. Daripada situ tergerak untuk buat bisnes untuk hilangkan rasa bosan.

“Tak sangka, selepas tamat PKP sambutannya makin menggalakkan. Memandangkan sekarang saya sedang menjalani praktikal dan bekerja lima hari seminggu, pengurusan masa sangat penting.

“Pada hari bekerja, saya akan mula membancuh selepas pulang dari pejabat.

Manakala hujung minggu memang saya fokus untuk bancuh dan buat penghantaran sekitar Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya yang menetap di Selayang.

Menurut Fatin, sehingga kini pesanan minuman daripada pelanggannya mencecah antara 30 hingga 50 botol setiap hari.

Setiap botol air teh ais dijual pada harga RM4 sebotol untuk 330 mililiter (ml).

Setiap botol dijual dengan harga RM 4.

Ditanya mengenai resepi air teh bancuhannya, Fatin berkata dia tidak mempunyai sebarang rahsia sebaliknya hanya bergantung kepada komen ahli keluarga.

“Setiap kali bancuh, mereka yang jadi tukang rasa dan nilai. Dari situ saya improve. Alhamdulillah, setakat ini tiada langsung maklum balas negatif yang diterima.

“Malah ramai pula yang bagi mesej menerusi Direct Message (DM) bertanya sama ada saya ada buka pesanan untuk negeri-negeri lain. Syukur Alhamdulillah kini saya dah ada lima ejen.

Fatin menerima komen positif daripada netizen.

“Saya ambil cakap-cakap orang yang pernah pandang rendah kerja saya sebelum ini sebagai pembakar semangat. Selain itu, apa yang menguatkan semangat adalah sokongan padu ibu bapa.

“Perancangan untuk masa depan, saya mahu tumpukan kepada bisnes ini sebaik praktikal tamat November nanti,”

Katanya yang bercita-cita membuka kiosk teh ais sendiri satu hari nanti.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *