OH Trending

Menghiina Kematiiian Ayah Mereka, Suhaimi Saad Bedepan Tindakkan Saman Dari Keluarga ini

Seorang wanita kecewa apabila bapa angkatnya yang meninggal dunia kelmarin ‘disambut baik’ oleh seorang penyanyi nasyid.

Penyanyi itu dipercayai Suhaimi Saad atau lebih dikenali sebagai Mosus.

Menerusi Facebook, Nur Farina Abdullah berkongsi satu tangkap layar posting bekas anggota kumpulan InTeam itu.

Tulisnya, dia bersyukur selepas pemergian arwah bapa angkat wanita tersebut iaitu Zulkefli Nordin.

“Allahuakhbar. Air mata kami anak² dan ibu bukan mengalir kerana Allah ambil abah tapi sedih, kecewa dan geram.

Ini dengan macam² cerita dan fitnah yang sudah dilemparkan pada arwah abah kami.

“Kami simpan segala bukti dan tunggu kami bertenang untuk berfikir secara waras,” tulis Nur Farina.

Tangkap layar itu memaparkan reaksi Mosus terhadap sebuah posting Allahyarham Zulkefli yang bercerita mengenai kesan sampingan.

Ianya seperti bertambah selera makan selepas disuntik vaksin AstraZeneca pada 13 Jun lalu.

“Dia dah mati. Alhamdulillah. Allah bayar cash. Kalau Allah bayar cara hutang, lagi berat,” tulis Mosus.

Makin teruk sifat kemanusiaan dia ni

Mulut xde insuran

Saman je biar ada akal

Seorang lagi wanita dipercayai anak arwah, Ain T-ant turut menegur tindakan penyanyi berusia 41 tahun itu yang seolah-olah tidak menghormati kematian seseorang.

Menurut Ain T-ant, dakwaan bapanya yang meninggal dunia akibat vaksin adalah tidak berasas dan meminta penyanyi itu tidak menyebarkan fahaman tertentu secara ‘membuta tuli’.

“Masih basah lg kubur abah kami.. Takde ke simpati pd kami sekeluarga wahai saudara Islam ku..?

Saya cuba menahan emosi dari post.. Tapi maaf saya gagal..Saya percaya abah saya tiada hutang dengan kamu apa lg kenal dgn kamu..

“Kami kenal dia..Kami tau baik buruk dia..Siapa kita nak menghukum..Tuduhan dia meninggal sbb vaksin ni amat berat..

Tlg jgn libatkan abah kami dgn sebaran fahaman tuan..Cukupla apa yg tjadi pada kami,” kata Ain T-ant.

Selain itu, terdapat juga kenyataan tular di Twitter @amaaawesome iaitu seorang lagi anak Allahyarham Zulkefli yang mengatakan keluarga mereka sudah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan selanjutnya.

Yang meninggal tu arwah ayah saya. Kami sekeluarga telah pun buat laporan polis.

Arwah baru meninggal semalam dan golongan ni masih lg ganggu keluarga kami. Tindakan susulan akn dibuat kpd pemfitnah.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan punca sebenar arwah bapa mereka meninggal dunia.

Menurut Nur Farina, arwah dijemput Ilahi akibat Cvid-19. Namun pada masa yang sama, mereka dilihat dapat menguruskan jenazah di rumah.

Mungkin berlaku sedikit kekeliruan, sekali gus menyebabkan golongan anti-vaksin mengambil kesempatan untuk menyebarkan fahaman mereka!

Harap ada penjelasan lebih lanjut daripada kedua-dua pihak.

Sumber: Facebook Nur Farina Abdullah & Ain T-ant , Twitter @amaaawesome

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *