Kisah Rakyat

Kali pertama jumpa, gadis kecewa pakwe cuma bawa pergi ‘drive thru’ je

Perkenalan menerusi media sosial merupakan salah satu langkah untuk menjalinkan percintaan. Cara tersebut menjadi pilihan anak muda sekarang dalam mencari pasangan kerana lebih mudah dan tidak perlu bertentang mata terlalu awal.

Namun, selepas masing-masing bersedia untuk bertemu, rasanya kedua-dua pihak perlulah mengambil kira dari segala segi terutamanya tempat untuk berjumpa.

Penat pakai cantik2 katanya

Hal ini bagi mengelakkan sebarang keluhan daripada mana-mana pihak seperti yang terjadi kepada gadis berkenaan.

Menerusi aplikasi TikTok, seorang gadis telah mengeluh kerana teman lelakinya hanya membawanya makan secara ‘drive thru’ sahaja pada pertemuan pertama mereka sedangkan dia sudah berdandan cantik-cantik.

Video berkenaan telah dimuat naik kembali oleh pengguna Twitter dikenali sebagai @amer_aljeffrey dan menuai pelbagai maklum balas daripada netizen.

Ada berpendapat bahawa gadis terbabit agak demand memandangkan pihak lelaki telah keluar modal lebih untuk bawanya  dating sedangkan itu kali pertama mereka berjumpa.

First date dah naik kereta sama tak takut ke?

Namun, ada juga merasakan tindakan bertemu kali pertama dengan individu yang dikenali menerusi media sosial pada waktu malam agak ‘menakutkan’ kerana kita tidak tahu niat sebenarnya ketika itu.

Untung ada orang nak layan kau

Boipren takut kantoi dengan gelpren sebenar kot

Patut cakap dari awal

Cakap terus depan muka, buat apa up dekat media sosial

Ada perempuan lagi suka dating macam ni

Makan pun orang belanja, banyak bunyi pulak

Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut hanyalah konten yang diperoleh dari media sosial. Kesahihan dan luahan dari gadis berkenaan tidak dapat dipastikan kebenarannya.

Tapi yang terpenting, dalam perhubungan seharusnya ada komunikasi. Lagi baik jika kita berterus terang apa yang kita suka ataupun tidak kepada pasangan agar tiada cakap-cakap belakang di kemudian hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *