OH Trending

Isteri sakit perut nak pakai ‘pampers’ anak, lelaki rakam video kongsi di TikTok

Media sosial sememangnya terbuka untuk sesiapa sahaja. Tidak kisahlah jika mahu menggunakannya untuk tujuan perniagaan, promosi diri ataupun berkarya, ia adalah hak individu itu sendiri.

Namun, sebagai masyarakat yang mempunyai rasa malu dan boleh berfikir dengan baik, rasanya setiap kandungan konten yang ingin dikongsikan haruslah difikirkan terlebih dahulu risiko-risiko yang bakal berlaku di kemudian hari.

Hal ini samalah seperti muat naik seorang Influencer yang dikenali terutamanya di TikTok apabila memuat naik konten gurauan yang dilihat agak memalukan isterinya sendiri.

Mana tidaknya, menerusi video tersebut, dia telah berkongsi momen isterinya yang juga TikToker bertubuh genit mahu memakai pampers anak mereka kerana sakit perut.

Wanita itu juga dilihat seakan kurang selesa dengan tindakan suaminya walaupun ketika itu lelaki berkenaan menganggap ia hanya bergurau.

Walaupun video tersebut sudah hampir seminggu dimuat naik, namun seramai 4 juta lebih viewers telah menonton dan rata-rata yang meninggalkan komen berasa kurang selesa dengan guraun keterlaluan tersebut.

Kebanyakan mereka menganggap apa yang dilakukan sang suami itu sangat tidak patut kerana seolah-olah membuka aib isteri yang jelas-jelas berada dalam keadaan tidak selesa.

Walaupun kebanyakan mereka mengecam tindakan kurang bijak seperti itu, tapi tetap ada yang memberikan nasihat supaya dia berfikir dengan matang terlebih dahulu selepas ini dalam membuat konten agar tidak timbul fitnah di kemudian hari.

Sumber: TikTok Media sosial sememangnya terbuka untuk sesiapa sahaja. Tidak kisahlah jika mahu menggunakannya untuk tujuan perniagaan, promosi diri ataupun berkarya, ia adalah hak individu itu sendiri.

Namun, sebagai masyarakat yang mempunyai rasa malu dan boleh berfikir dengan baik, rasanya setiap kandungan konten yang ingin dikongsikan haruslah difikirkan terlebih dahulu risiko-risiko yang bakal berlaku di kemudian hari.

Hal ini samalah seperti muat naik seorang Influencer yang dikenali terutamanya di TikTok apabila memuat naik konten gurauan yang dilihat agak memalukan isterinya sendiri.

Mana tidaknya, menerusi video tersebut, dia telah berkongsi momen isterinya yang juga TikToker bertubuh genit mahu memakai pampers anak mereka kerana sakit perut.

Wanita itu juga dilihat seakan kurang selesa dengan tindakan suaminya walaupun ketika itu lelaki berkenaan menganggap ia hanya bergurau.

Walaupun video tersebut sudah hampir seminggu dimuat naik, namun seramai 4 juta lebih viewers telah menonton dan rata-rata yang meninggalkan komen berasa kurang selesa dengan guraun keterlaluan tersebut.

Kebanyakan mereka menganggap apa yang dilakukan sang suami itu sangat tidak patut kerana seolah-olah membuka aib isteri yang jelas-jelas berada dalam keadaan tidak selesa.

Walaupun kebanyakan mereka mengecam tindakan kurang bijak seperti itu, tapi tetap ada yang memberikan nasihat supaya dia berfikir dengan matang terlebih dahulu selepas ini dalam membuat konten agar tidak timbul fitnah di kemudian hari.

Sumber: TikTok 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *