Gosip Artis OH Trending

Gelak sakan di tengah2 KL, netizen malu lihat perangai Vida & Lucinta Luna

Sudah seminggu umat Islam berhari raya. Ramai juga yang telah kembali melakukan tugas harian. Namun, kisah-kisah berhari raya masih lagi menjadi bualan lebih-lebih lagi perkara-perkara yang viral di media sosial.

Minggu ini, usahawan kontroversi, Dato’ Seri Vida seperti biasa memulakannya dengan isu baru dengan sakan berkongsi video kebersamaannya dengan seorang selebriti transgender Indonesia, Lucinta Luna yang hadir ke Kuala Lumpur.

Gelak sakan di tempat awam

Walaupun tidak pernah mengaku yang dirinya berupakan transgander, namun netizen Malaysia serta Indonesia sedia maklumat berkaitan hal itu.

Video-video Vida dan Lucinta Luna yang berjalan-jalan di tengah Kuala Lumpur telah menjadi bualan apabila perilaku mereka yang sangat tidak sopan sehingga menggangu pandangan orang awam yang berada di sana.

https://www.instagram.com/reel/CdXy8CAByhg/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Raya dekat KL katanya

Selebriti seberang itu juga turut memuat naik momen bersiar-siar bersama Vida di TikTok miliknya dengan kapsyen yang agak ‘memancing’ netizen untuk meninggalkan komen kurang baik.

https://vt.tiktok.com/ZSdHBJn5C/?k=1

https://vt.tiktok.com/ZSdHk3PDC/?k=1

Dia himpit2 badan dekat lelaki pulak dah

Selain daripada ‘berhari- raya’ di tengah Kuala Lumpur, dua individu kontroversi itu dilihat turut mengusik-usik orang awam yang berada di sana dengan menari  secara kurang sopan sambil tertawa lepas.

Perilaku buruk itu mengundang pelbagai kecaman kerana disifatkan keterlaluan dan seperti tidak ada perasaan malu dalam melakukan perkara sebegitu.

https://vt.tiktok.com/ZSdHkW8m9/?k=1

Ni ke yang jual sejadah & al-Quran?

Sehubungan dengan perkongsian-perkongsian jelek itu, rata-rata netizen berpendapat sama dengan merasakan perilaku mereka agak keterlaluan.

Mereka juga berasa kurang senang melihat pelantun lagu Ku Ikhlaskan itu sama-sama terikut dengan perangai ‘gedik’ selebriti transgender Indonesia sedangkan dia merupakan wanita bertudung serta seorang usahawan yang dikenali ramai.

Tak sesuai dengan umur la buat konten macam ni

Macam dah tak ada batas

Tak malu ke dekat anak2

Walau bagaimanapun, menerusi muat naik terbaru Lucinta Luna di Instagram, dia dilihat sudah meninggalkan Malaysia apabila berkongsi gambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan menguncapkan selamat tinggal kepada Kuala Lumpur setelah beberapa hari di sini.

https://www.instagram.com/p/CdYFodZFsvd/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *