OH Trending

lstri Gagal Jejak Kesan Suami, Rupanya Mayat Cikgu Sudah 2 Hari Slm Semak

LIPIS: Kehilangan seorang lelaki yang gagal dihubungi isterinya selama dua hari terjawab apabila mayatnya ditemukan orang awam dalam kawasan semak Kampung Daling, Padang Tengku, dekat sini pada Khamis lalu.

Mayat mangsa, Tengku Suhaimi Tengku Yusoff, 54, ditemukan terbaring dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger.

Dan tiada sebarang kesan kecederaan atau kesan darah serta tiada sebarang senjata ditemukan dalam kereta atau di kawasan berhampiran.

Tengku Suhaimi merupakan guru yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gua Musang, Kelantan.

Ketua Polis Lipis, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, setelah menerima maklumat orang awam, anggota polis dari Balai Polis Padang Tengku bergegas ke tempat kejadian.

Dan telah menemukan mayat seorang lelaki dalam kenderaan tersebut.

Menurut Azli, ketika kejadian, guru berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur pulang ke Gua Musang.

rumah lebih dua hari dan banyak kali membuat panggilan, tetapi tidak dijawab.

“Hasil bedah siasat semalam mengesahkan guru tersebut meninggal dunia akibat serangan jantung dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Jelasnya, jenazah Tengku Suhaimi telah dituntut oleh isterinya dan dikebumikan di Kampung Lebu, Bentong semalam.

Coretan Terakhir pelajar buat pemergian arwah

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber Utusan, Media sosial

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *