OH Trending

Cik B Masih Tak Terima Iqbal, DSV Akhirnya Pasrah dan Hilang Arah, Terpaksa Juga Buat Perkara ini Untuk Lembutkan Hati

Baru-baru ini, anak sulung kepada jutawatan kosmetik terkenal iaitu Cik B tidak bersetuju ibunya, Datuk Seri Vida untuk berkahwin dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal.

Menerusi temubual bersama Melodi yang disiarkan tengah hari kelmarin, Cik B berkata dia tidak setuju dengan keputusan ibunya untuk berkahwin lagi.

“Saya deep down saya sangat kurang setuju. Mama umurnya pun dah tua, abang Iqbal baru umur 25. Macam mana abang Iqbal umur 25 suka orang tua.

Mesti ada sebab. Macam saya memang sangat tak setuju mama dia nak anak lagi. Cukuplah saya dengan Kacak. Mama ni bila dia bercinta, dia macam cinta buta.

“Ya betul disebabkan faktor usia saya tidak merestui. Dan kalau mama dijodohkan dengan orang yang tua, sepadan umur.

Tak kisah what gonna be happen sebab mama tak suka orang tua. Mama memang suka orang muda juga,” katanya.

Dalam pada itu, Cik B mendedahkan dia dan Iqbal tidak mempunyai hubungan yang baik dan sering kali bergaduh. Malah, hubungan mereka sangat renggang.

“Saya dengan abang Iqbal ni memang tak ngam. Saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan gaduh biasa biasa. Saya gaduh dengan dia memang luar biasa.

“Hubungan kami memang sangat renggang. Saya tak nak komen banyak, sebab banyak saya nak cakap tapi saya biarlah pada diri saya sendiri,” katanya.

Kata Cik B lagi, pada awalnya dia menyangkakan kontroversi perkahwinan ibunya itu hanya marketing semata-mata tetapi tidak sangka ianya serius.

Namun, jika sudah ditakdirkan jodoh mereka, dia berharap ibunya gembira.

“Sebenarnya saya ingatkan marketing tapi nampak macam betul betul pulak. Ya Allah takutnya tapi harap-harapnya memang marketing lah.

Saya pun macam tak nak lah ada ayah baru. Saya pun dah cukup dah ada 5 ayah.

“Kalau jodoh mama dengan abang Iqbal saya harapkan mama happy, ikutlah mama nak buat apa. Saya memang taknak mama kahwin dengan abang Iqbal,” katanya.

Diakhir temubual itu, Cik B sempat menitipkan pesanan buat ibunya supaya supaya menilai dahulu niat mana-mana lelaki yang mendekati dirinya sama ada kerana cinta atau sebaliknya.

Vida Pasrah

Menurut Vida, dia memahami situasi Cik B yang masih trauma dengan sejarah perkahwinannya terdahulu kerana bimbang ianya akan berulang lagi.

“Cik B sekarang masih dengan keputusan dia dan tak boleh terima lagi situasi ini tapi saya faham trauma yang dilalui.

“Sebenarnya Cik B ni seorang yang protective. Dia trauma dan takut sejarah silam saya berulang lagi.

Kegagalan saya bersama suami sebelum ini pun berlaku depan mata dia,” katanya.

Dalam pada itu, Vida berkata bakal suaminya terasa hati dengan kenyataan Cik B yang beranggapan cerita perkahwinan mereka ini sebagai konten pemasaran.

“Kenyataan Cik B memang memberi tamparan hebat buat Iqbal untuk telan semua ini.

Buat Solat Hajat

Tapi saya tetap mendoakan dan buat yang terbaik buat Cik B dengan melakukan solat hajat dan sebagainya supaya dia tenang dan tidak memberontak.

“InsyaAllah satu hati nanti saya harap dia boleh terima kehadiran papa baru. Walaupun muda tapi matang dan boleh membantu saya capai kebahagiaan dunia dan akhirat,” katanya.

“Cik B perlukan masa, you guys boleh tolong tak, minta tolong doa. Doa saya ni ibu memang lah In Shaa Allah makbul tapi nak makbul cepat supaya lembut hati Cik B dalam semua urusan,” katanya.

Menerusi IG Live itu, Vida dilihat mengalirkan air mata dan sebak apabila bercakap mengenai Cik B yang sentiasa mahukan yang terbaik buat anaknya itu.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meminta agar diberi masa kepada Cik B.

Kata netizen lagi, Cik B sentiasa menyokong ibunya namun bimbang jika dikecewakan lagi.

Terdahulu, Vida berkata dia belum mempunyai keberanian untuk berbincang mengenai hal perkahwinannya dengan anak-anak terutamanya dengan Cik B.

Iqbal Tak Pernah Ambil Duit DSV

Iqbal berkata sejak dari awal perkenalan dia berharap dapat menjaga Vida.

“Sejak dari awal kenal DSV, saya harap dapat menjaga dia sampai bila-bila. Walau saya kenal lama, saya tak pernah ambil seringgit pun duit DSV tanpa pengetahuan.

“Saya janji, saya akan jaga anak kita, Cik B dan Kacak sampai bila-bila. Sampai mereka besar, sampai mereka berjaya. Terima kasih bagi kebaikan kepada saya, banyak mengalah dengan saya.

Dalam pada itu, Iqbal berkata Vida banyak mematangkan dirinya serta mengharapkan perkahwinan mereka yang akan dibina tidak lama lagi akan diberkati

“Saya banyak perkara tak matang, DS yang mematangkan saya. Saya nak perkahwinan yang berkat sampai hujung nyawa,” katanya.

Terdahulu, Vida memaklumkan bakal berkahwin dengan Iqbal pada Disember ini, namun dia belum keberanian untuk berbincang mengenai hal perkahwinannya dengan anak-anak terutamanya dengan Cik B.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *