OH Trending

Seperti Terkejut Bila Netizen Gandingkan Nana dgn Shuib, Vida Kata Shuib Ada Ciri-Ciri Lelaki Idaman Dia

Seperti yang ramai tahu, sebelum ini Vida pernah beberapa kali bertemu dengan anak-anak Shuib dan juga arwah Siti Sarah.

Dan Vida sendiri mengakui merindui anak-anak tersebut.

Tambahnya lagi, selain mengakui ada pihak yang mengatakan bahawa mereka serasi.

Apa pun setiap perhubungan memerlukan proses suai kenal dan restu daripada beberapa pihak.

“Orang luar boleh berkata apa saja, tapi hati manusia tak boleh dipaksa-paksa.

Tuan empunya badan yang akan membuat keputusan.

Kalau tanya saya sekarang saya tiada masalah untuk berkawan dengan Shuib,” katanya.

Kami pun tak tahu nak cakap apa bila mengetahui mengenai perkara ini sambil terbayang juga.

Kalau jadi sungguh, nanti Bubblebee Shuib akan ada topping Pamoga ke?

Sebelum ini penyanyi Siti Nordiana yang berusia 37 tahun itumenyangkal dakwaan dan menganggap ia sekadar usikan peminat.

Selain berterima kasih atas keprihatinan mereka yang mahu melihat dirinya berkahwin untuk kali kedua.

“Saya pun tak tahu macam mana benda ini ditimbulkan dan video saya ke butik itu boleh jadi ‘viral’.

Sebab di antara pihak saya dan butik berkenaan sebenarnya kami sudah sering bekerjasama sebelum ini.

“Saya datang ke butik terbabit pun bagi membuat baju untuk persembahan.

Tak ada kena-mengena langsung dengan tujuan nak tempah baju pengantin seperti yang diusik-usik itu.

“Sebenarnya, nombor telefon Shuib pun saya tak pernah ada selama ini.

Jadi, macam manalah kami kena gosip. Memang kelakar usikan netizen ni,” katanya yang popular dipanggil Nana.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Angkara itu tidak mengambil kisah berhubung gosip tersebut kerana menyifatkan ia adalah lumrah sebagai anak seni.

“Insya-Allah, saya okey saja menerima setiap gosip yang muncul ini, asalkan ia tidak keterlaluan.

Bagaimanapun, saya bukanlah wanita yang mungkin netizen cuba teka itu,” ujarnya.

Terdahulu, Shuib mendedahkan dia sedang dalam proses mengenali hati budi seseorang namun belum menjalinkan hubungan serius.

Untuk info, Nana pernah berkahwin dengan Allahyarham Faizal Yusof pada April 2006 sebelum bercerai tiga tahun selepas itu dan mempunyai seorang anak lelaki Mohd Rayyan Nakhaie yang kini berusia 14 tahun.

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin) , Instagram Siti Nordiana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *