OH Trending

Dapat Berita Mak dan Ayah Terpaksa Ditidurkan, PoIis Menangis Bila Doc Beritahu Sesuatu Mengejutkan

Menerima khabar kurang enak berkaitan keluarga ketika sedang bertugas sememangnya satu perkara yang sangat membimbangkan.

Sudah tentu hari yang berlalu terasa lama dan sangat merisaukan kerana tidak dapat menatap terus sosok ahli keluarga yang tidak bersama kita.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @mrbulatt87.

Ini apabila memuat naik momen sedih yang dihadapi seorang anggota polis apabila menerima panggilan memaklumkan ibu dan bapanya terpaksa ditidurkan kerana Covid-19.

“Minta kenalan semua kita doakan ya pada NORMALA BINTI ABDUL GHANI(MAK)SHARIP BIN IBRAHIM(BAPA)”

Dapat dilihat anggota polis tersebut tidak dapat menahan tangis selepas dimaklumkan hal tersebut menerusi panggilan telefon.

Difahamkan, ibu bapa kepada anggota polis berkenaan juga merupakan anggota polis sebelum ini.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa sebak melihat keadaan tersebut.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Dorang tu manusia biasa

Tolonglah bagi jumpa family di kampung

Mereka juga mengakui perkara sebegitu sememangnya sangat memeritkan lagi-lagi mendapat berita ketika sedang bekerja.

Semoga ibu dan bapanya diberi kesembuhan seperti sedia kala.

Tonton Video

Sumber: TikTok @mrbulatt87

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *