OH Trending

Tak Tunggu shg 21hb, Caprice Buat Kejutan Dengan Meneruskan Apa yg Telah Dia Nekad nk Buat Sebelum ini

Sejak kelmarin, warganet ‘disajikan’ mengenai kontroversi penyanyi rap Caprice yang berkongsi bahawa akaun Instagram miliknya disekat oleh pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berhubung isu berlaku di Gaza.

Malah, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli turut berjanji akan mendedahkan perkara sebenar menerusi Instagram secara siaran langsung pada Rabu ini, jam 10 malam waktu Malaysia.

Menurut penyanyi yang juga usahawan berusia 33 tahun itu, dia sudah mendapatkan lokasi yang ‘selamat’ bagi melakukan sesi ‘live’ tersebut bagi menceritakan situasi sebenar demi masa depan rakyat Malaysia.

Meninjau ke laman Twitter, rata-rata netizen tidak sabar untuk ‘menonton’ pendedahan itu sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan dan teka-teki dalam kalangan mereka.

Antara isu yang menjadi tanda tanya netizen, mengapa Caprice ‘menyerang’ Ebit? Apa kaitan Malaysia dengan misi di Gaza?

Siapa yang buat ‘tahi’ di Tanah Suci? Kenapa tiba-tiba ‘petik’ nama kerajaan pula? Dan banyak lagi.

Selain itu, ada juga segelintir netizen mempersoalkan tindakan  penyanyi itu yang tetap mahu menunggu Rabu ini walaupun sudah memberikan beberapa kenyataan berhubung isu tersebut sehingga dikecam orang ramai.




Terdahulu, Caprice berangkat ke Palestin bagi menyertai misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza. Namun difahamkan, pasukannya masih belum dapat memasuki wilayah tersebut.

Batalkan Niat Untuk Buat Live 21hb

Kemelut isu berkenaan influencer, Caprice dan juga pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew nampaknya seakan sudah reda.

Ini apabila Caprice membuat permohonan maaf secara bertulis menerusi Instagramnya.

Dia juga dilihat telah menurunkan  poster pendedahan yang ingin dilakukan pada 21 Julai 2021 selepas mengambil kira pelbagai segi.

Lebih-lebih lagi ketika mendapat respon yang pelbagai seusai melakukan live IG baru-baru ini.

Sudah kemas beg untuk mulakan misi sendirian

Menerusi perkongsiannya yang terbaru di IG story, Caprice memaklumkan yang dia sudah selesai mengemas pakaiannya.

Dan akan meneruskan misinya sendirian kerana semua yang sama-sama menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza tempoh hari akan pulang ke Malaysia.

Dia mengakui bahawa perjalanan ‘jihadnya’ kali ini merupakan yang paling mencabar, namun tetap percaya bahawa akan ada hikmah disebalik semua ujian yang diterima.

Teruskan Jihad

Terima kasih kepada yang membantu sepanjang di Cairo

Caprice juga turut mengucapkan terima kasih kepada tempatya menginap selama tiga minggu di Cairo.

Dan memaklumkan suatu hari nanti dia akan membuktikan apa yang diperkataan sebelum ini.

Di akhir video di IG story selebriti tersebut, dia juga sempat memohon maaf sekali lagi diatas semua kata-katanya yang telah mengguriskan hati sesiapa sahaja tidak kira secara langsung ataupun tidak.

Umum sedia tahu bahawa Caprice telah memaklumkan bakal mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza lebih kurang tiga minggu lalu.

Jangan Putus Asa

Tonton Video

Walau bagaimanapun, beberapa hari lepas, Caprice telah membuatkan rata-rata warganet berasa terkejut disebabkan ‘perlian’ yang dilakukan di media sosial.

Ia merujuk kepada seseorang yang turut menjalankan misi kemanusiaan di Gaza baru-baru ini.

Sumber: Instagram Caprice

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *