OH Trending

Lelaki Ini Salahkan Netizen Gara² Bayi Dia Isap Vape “lstri sy Hadapi Kemurungan Melampau”

Baru baru ini, netizen dikejutkan dengan sebuah video tular memperlihatkan seorang bapa memberi anak kecilnya menghisap ‘vape’.

Menerusi video itu, kelihatan seorang budak kecil tidak berbaju sedang menghisap rokok elektronik itu sambil dihulurkan oleh bapanya tanpa rasa bersalah.

Difahamkan lagi melalui percakapan ibunya, sudah 3 kali budak itu melakukannya.

Namun, ibu bapanya membiarkan sahaja kelakuan anak mereka.

Video yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter @pedoqpop itu dipercayai diambil daripada akaun Instagram ibu kepada budak kecil berkenaan.

Bagaimanapun setelah perkongsiannya ditegur oleh orang ramai, ibunya bertindak ‘menyekolahkan’ netizen dengan memuat naik Insta Story berikut:

“Anak aku, suka hati aku. Aku yang jaga dia bodoh!!” tulisnya ditujukan kepada netizen.

Bapa minta maaf

Pelbagai maki hamun telah diterima sehingga bapa kanak-kanak tersebut tampil menjelaskan situasi sebenar dengan memaklumkan mereka sekadar  bergurau sahaja.

Sedar isteri tak kuat terima kecaman

Dalam pada itu, bapa muda terbabit juga meminta orang ramai tidak terus mengecam isterinya.

Ini kerana sedar bahawa wanita itu tidak kuat menerima sebarang maki hamun daripada netizen.

Polis dah tahu

Selain daripada itu, menerusi Facebook  Ryan NasT’Anger, laporan polis telah dibuat oleh seseorang dan pihak polis sedang menjalankan siasatan.

Apa guna mak bapak laaa

Walau bagaimanapun, diruangan Facebook bapa kanak-kanak berkenaan, kecaman-kecaman daripada netizen masih lagi diterima.

Masing-masing berasa geram melihat video tersebut dan sikap ibu bapa yang menjadikan hal berkenaan satu gurauan serta dengan sengaja memuat naiknya di media sosial.

Sementara itu, bapanya sudah meminta maaf dengan memuat naik beberapa ‘posting’ di Facebook dan mengakui perbuatannya itu hanya satu gurauan.

Jabatan Kebajikan Kanak-kanak mana?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa bengang dan marah terhadap tindakan ibu bapa terbabit yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Mana tidaknya, budak kecil belum cukup umur diberi ‘vape’… Tidak masuk akal langsung!

Otak lagi kecil dari otak burung unta

Mohon ambil tindakan

Hancur budak tu dapat ‘parents’ macam ni

 

Tonton Video

Sumber: Twitter @pedoqpop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *