Kisah Rakyat

Hafiz Mahamad bersyukur, nazar nak bawa anak yatim tunai umrah tercapai

Nama usahawan terkenal, Hafiz Mahamad rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Beberapa ‘kerja baik’ yang dilakukan sejak kebelakangan ini telah memberikan senyuman kepada sesetengah pihak yang sangat memerlukan bantuan.

Paling terbaru sudah tentu tindakan murninya yang memberikan tiket percuma untuk anak-anak perantau di ibu kota yang ingin pulang ke kampung halaman pada hari raya tempoh hari dengan menyediakan enam biji bas.

Sudah tentu inisiatif yang dibuat memberikan kegembiraan untuk golongan-golongan yang kurang berkemampuan.

Kali ini, Hafiz telah pun mengerjakan ibadah umrah dengan beberapa orang teman dekatnya. Apa yang menarik perhatian adalah tindakan pemuda berkenaan yang membawa sama dua orang anak yatim untuk mengerjakan umrah dan segala kos ditanggung sepenuhnya.

https://www.instagram.com/reel/Cdm0ElHpdB0/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *