OH Trending

“Pegang dan Sentuh Bawah je pun Boleh dpt 500” Rakan dedah Artis² ni Antara yg jadi Svgar Baby

Sedar tak sedar, ramai individu terutama golongan remaja memilih jalan ‘pintas’.

Ini bagi mencari pendapatan tambahan untuk lari dari kesempitan hidup .

Ini sehingga ada yang sanggup menjual maruah dengan menjadi ‘sugar baby’.

Memetik laporan Kosmo Online, penyanyi Bunga Isme dan Farisha Iris mendedahkan pengalaman mereka berkawan dengan segelintir individu yang didakwa terlibat dalam kegiatan tidak bermoral berkenaan.

Menurut Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini, 22, rakan sekolahnya terjerumus dalam kegiatan tersebut seawal usia 17 tahun.

Ini untuk meneruskan persekolahan dan terabai oleh keluarga yang berpecah-belah.

“Saya pernah rapat dengan seorang kawan perempuan.

Dia pernah beritahu saya, ketika ingin menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dia berkenalan dengan seorang ‘svgar daddy’ yang menjanjikan bermacam perkara kepadanya. 

“Dia pernah beritahu saya, sekali seluk atau pegang bahagian bawah, dia boleh dapat wang mudah bermula RM500.

Bayangkan kalau dia buat perkara-perkara lain yang lebih ‘daring’,” luah Bunga.

Dalam pada itu, Bunga turut menjelaskan bahawa rakannya melakukan perkara terbabit.

Ini disebabkan kesempitan hidup dan ingin membayar yuran persekolahan serta tuisyen.

“Dia juga pernah beritahu saya, dia buat semua itu disebabkan kesempitan hidup nak bayar yuran persekolahan dan tuisyen.

Saya tidak berada dalam kedudukan untuk menghakimi apa yang dia buat namun ini membuktikan.

Ada sesuatu yang tidak kena dalam tangga sosial dan budaya masyarakat kita,” jelas Bunga lagi.

Selain itu, penyanyi muda Farisha Iris pula berkongsi cerita dia juga pernah mengenal rakan yang melibatkan diri dalam kancah mksiat tersebut apabila bergelar ‘svgar baby’ sewaktu di universiti.

Jelas penyanyi berusia 22 tahun itu, faktor kesempitan hidup merupakan punca utama mengapa golongan belia memilih untuk menjadi ‘svgar baby’ demi mendapatkan kemewahan segera.

“Ada dalam kalangan rakan yang jadi ‘sugar baby’ sebab memerlukan duit.

Dia tidaklah terlalu pamerkan kemewahan tetapi orang tahu dia melakukan kegiatan terkutuk sebegitu.

Ini sebab mampu tinggal di rumah sewa berbanding pelajar lain yang menetap di kolej. 

“Tetapi sejujurnya perkara ini tidak sepatutnya dilakukan.

Sebagai seorang pelajar yang menuntut ilmu, carilah cara lain yang lebih baik untuk menjana pendapatan,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengambil tindakan menyekat akses ke laman sesawang Svgarbook.

Laman itu dikatakan merupakan ‘dalang’ utama dalam kegiatan ‘svgar baby’ dan ‘svgar daddy’ di Malaysia.

Sumber: Kosmo Online (Mohd. Haikal Isa, Nor Eryani Yusup & Sairul Zamri Misrani)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *