OH Trending

Netizen kecam DJ radio gelakkan, perlekah bahasa Inggeris guru DidikTV

Berikutan penutupan sekolah akibat penularan wabak Covid-19 di negara ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif melancarkan saluran DidikTV yang sudah mula ditayang sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, terdapat satu slot yang mencuri perhatian warganet yang memaparkan seorang guru sedang mengajar mata pelajaran Sains Tahun 2 dalam bahasa Inggeris.

Ia telah meraih pelbagai maklum balas daripada warganet, dimana kebanyakan daripada mereka menegur cara penyampaian dan gaya bahasa guru tersebut.

Namun, tindakan seorang lelaki yang dipercayai merupakan seorang DJ radio ini disifatkan agak biadap sehingga mengundang kecaman warganet di laman sosial.

DJ terbabit telah memuat naik rakaman video memberi reaksi terhadap sesi pengajaran guru tersebut menerusi aplikasi TikTok.

Apa yang mencetus kemarahan warganet adalah apabila dia dilihat ketawa terbahak-bahak seakan-akan mempersendakan guru berkenaan.

“@hitzsarawak @hitzdotmy, adakah ini penyampai radio kamu? Kenapa dia ketawakan guru itu? Apa yang dilakukan olehnya adalah sangat salah,” tulis seorang individu di Twitter yang mendakwa lelaki tersebut adalah seorang penyampai radio.

Difahamkan lagi, setelah mendapat banyak kecaman daripada warganet, video itu telah dipadam daripada platform media sosialnya kerana dibanjiri terlalu banyak kecaman.

Dek kerana video sudah dipadam di aplikasi TikTok, ramai yang menyerang Instagram peribadi miliknya semata-mata untuk meninggalkan komen berunsur teguran dan kecaman.

Rata-rata warganet yang telah melihat video berkenaan berasa kesal dengan tindakan DJ itu dan menyifatkan perbuatannya suatu penghinaan kepada guru berkenaan.

https://twitter.com/amer_aljeffrey/status/1362578016639979521

Sumber: Twitter @amer_aljeffrey, Instagram @ssupyusuf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *