OH Trending

Video: Suami Belanja lstri Makan Sbb ‘Pujuk’ nak Khwin Lagi, Akhirnya ini yg Terjadi

Biarpun poligami itu adalah sunnah dan dibenarkan dalam Islam.

Bukan semua isteri boleh menerima keputusan untuk berkongsi kasih suami dengan wanita lain.

Bagi kaum lelaki pula, pastinya memujuk isteri untuk menerima poligami bukanlah sesuatu yang mudah.

Baru-baru ini, tular satu video di Tiktok apabila seorang lelaki cuba memujuk dan meyakinkan isterinya.

Ini supaya memberi ‘lampu’ hijau buat dirinya untuk berkahwin lain.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat lelaki dikenali sebagai @ainaljulung itu membawa si isteri makan di restoran dengan porsi makanan yang agak banyak.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Pada saat itu, isterinya dilihat makan dengan penuh berselera meskipun wajahnya kelihatan sayu.

Tak cukup dengan itu, lelaki tersebut sempat menulis kapsyen berharap agar ada berita gembira selepas memberitahu hasrat kepada isteri.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati.

Tambahan lagi apabila lelaki itu sanggup merakam isterinya dan menjadikan isu rumah tangga mereka sebagai ‘content’ di TikTok.

Dalam pada itu, ramai juga mengecam lelaki berkenaan yang disifatkan seperti tidak menghargai isterinya.

Setelah ditegur dan dikecam bertubi-tubi oleh netizen, lelaki itu sempat meninggalkan komen di mana video tersebut merupakan permintaan isterinya sendiri.

Namun adalah tidak dipastikan kesahihannya sama ada benar atau tidak.

 

Tonton Video SILA KLIK SINI

Sumber: TikTok @ainaljulung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *