OH Trending

Kerajaan Baru Umum Berita Gembira Tarikh Masuk BPN2.0 Pula Untuk Rakyat

Kelmarin, PM8 telah umum PKP 2.0 bersasar yang amat ketat selama dua minggu bermula 13 Januari.

Ini untuk 5 negeri dan 3 wilayah seperti dilapor media, maka tempoh PKP ini akan berakhir pada 25 Januari.

Tapi sesi sekolah tahun 2021 diumum bermula pada 20 Januari 2021.

Ini bermakna murid-murid sekolah hanya dibenarkan hadir ke sekolah pada 26 Januari.

Iaitu selepas PKP 2.0 fasa pertama berakhir pada hari sebelumnya.

Jika PKP 2.0 tidak dilanjutkan maka pelajar boleh menghadiri 11 hari sekolah berturut-turut sebelum cuti tahun baru bermula.

Sebaliknya, jika PKP 2.0 dijanjutkan dua minggu lagi sehingga 8 Februari.

Maka murid-murid hanya dibenarkan hadir ke sekolah pada 9 Februari dan 10 Februari sahaja sebelum sekolah direhat sekali lagi untuk cuti Tahun Baru Cina.

Jika demikian, adakah ianya wajar untuk sesi sekolah bagi negeri-negeri dalam zon merah yang bakal dilaksanakan PKP untuk terus bermula pada 20 Januari?

Ataupun ianya lebih praktikal sekolah dijadualkan semula untuk hanya bermula selepas cuti Tahun Baru Cina?

“Saya berpendapat mungkin tak yah tergesa2 bukak sekolah.

Teruskan pembelajaran online ka atau yang mana boleh buat sementara dan ulang pengajian.

Pelajar darjah 5 masuk balik darjah 5 tahun seterusnya sehingga Covid betul2 terkawal.

Kejap bukak kejap tutup sekolah mengganggu pembelajaran dan jadual ibu bapa dan yang di kawasan pedalaman bukan semua mampu online.

Tak semua pelajar dapat memahami dengan samarata masa pembelajaran online. Cadangan je lah.” Oleh Netizen.

Tangguhkan Semua Sekolah, Bukan Zon Merah Sahaja

 

Elok dimula seperti dirancang sebelum ini.

Walau tak banyak hari persekolahan dapat pihak sekolah dan guru menguruskan beberapa perkara yang memerlukan kehadiran murid.

Walaupun sehari atau dua, banyak urusan boleh diselesaikan.

Apa pun kementerian dengan sudut pandang yang lebih luas dan jelas sudah tentu memikirkan.

Dan mempertimbangan seterusnya membuat keputusan yang terbaik berdasarkan kebarangkalian dan kemungkinan yang akan berlaku.

Kalau mengikut situasi terkini, adalah wajar sesi persekolahan dimulakan selepas cuti Tahun Baru Cina.

Atau selepas 3 minggu dari PKP 2.0 DENGAN SYARAT kes penularan di komuniti berjaya diturunkan ke tahap yang selamat.

Memang sukar untuk memastikan budak2 sekolah rendah untuk mengikut SOP dengan ketat dan kalau tercetusnya kluster2 sekolah.

Ia akan mendatangkan akibat yang membimbangkan.

Kesan sampingan jangka panjang untuk pesakit Covid yang telah sembuh masih sedang dikaji.

Tetapi kebanyakan pakar2 perubatan pun berpendapat ianya sangat memudaratkan kesihatan.

Mantan PM Juga Memohon Kerajaan utk Segerakan 10 Perkara ini Semasa PKP

Hari ini Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak telah mengeluarkan satu cadangan kepada kerajaan semasa PKP 2.0.

1. Laksanakan PKP (seperti PKP pertama bulan Mac 2020) sahaja.

Bukan darurat yang lebih memberi kesan yang lebih teruk bagi ekonomi dan persepsi antarabangsa.

2. Larangkan semua rentas negeri bagi tujuan bukan komersial.

3. Larangkan aktiviti sosial seperti kenduri dan sukan dihentikan di semua negeri zon kuning dan merah.

Ia termasuk negeri yang tidak dilaksanakan PKP bersasar.

4. Suruh bank memberi lanjutan moratorium pinjaman secara automatik tanpa faedah dan caj penalti.

Macam mana nak bayar ansuran bank bulan ini jika ramai tak dibenarkan bekerja atau berniaga dalam tempoh PKP?

5. Berikan semula diskaun bil elektrik sehingga 50 peratus untuk tempoh PKP sebab penggunaan elektrik tentu akan naik jika semua terpaksa duduk dalam rumah.

6. Mansuhkan segala syarat i-Sinar sebab permohonan bagi kategori 2 baru bermula hari ini. Ramai yang belum sempat memohon.

7. Jadualkan semula permulaan sesi sekolah 2021 ke selepas cuti Tahun Baru Cina.

8. Segerakan bayaran baki Bantuan Prihatin Rakyat 2021.

9. Kerajaan dengan NGO perlu menyediakan bakul makanan bagi golongan yang paling terjejas.

10. Minta syarikat perkhidmatan perhantaran makanan seperti Grab dan Foodpanda untuk beri diskaun bagi caj perkhidmatan dan harga makanan.

Amat kecewa bahawa negara kita terpaksa melaksanakan PKP yang amat ketat sekali lagi.

Ini memandangkan kerajaan ada banyak peluang untuk menghalang situasi menjadi teruk sebegini

Tetapi kita melakukan kesilapan demi kesilapan seperti membenarkan kuarantin kendiri di rumah.

Memendekkan tempoh kuarantin, lambat menyekat rentas negeri, melonggarkan SOP.

Dan menarik balik larangan sekat negeri terlalu awal pada ketika jumlah kes Covid sudah tinggi untuk menggalakan rakyat melancong.

Sebab itu jika mahu buat PKP ketat esok, biarlah lebih tegas untuk tempoh 2 minggu akan datang.

Ia agar ianya tidak dilanjutkan lagi dan lagi seperti masa PKP pertama bulan Mac tahun lepas.

Kerajaan Baru Umum Berita Gembira Tarikh Masuk BPN2.0 Pula Untuk Rakyat

Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan dilaksanakan bermula 21 Januari ini.

Fasa kedua BPN 2.0 akan diberikan kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada serta 460,000 penerima baharu dengan jumlah bayaran keseluruhan RM2.38 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bayaran BPN fasa kedua ini dipercepatkan.

Ini disebabkan pelaksanaan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Semakan kelulusan, katanya boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di https://bpn.hasil.gov.my.

“Bagi penerima kategori B40, bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank bermula 21 Januari ini makala kategori M40 pula bermula 25 Januari 2021.

“Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula, pembayaran akan dibuat mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.

“Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula, pembayaran akan bermula awal Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan akhir bulan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, BPN 2.0 adalah sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA Prihatin).

Ia bernilai RM10 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 September 2020.

Beliau berkata, BPN 2.0 disalurkan melalui dua fasa pembayaran, iaitu pada Oktober 2020 dan Januari 2021.

“Secara keseluruhannya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 11.06 juta penerima terdairi daripada 5.82 juta individu bujang dan 5.24 juta penerima isi rumah.

Ini dengan jumlah bayaran serta peruntukan keseluruhan sebanyak RM7.18 bilion,” katanya.

sumber berita harian

Ramai yang sudah mula memohon i-Sinar, keluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuka sebelum ini.

Umum sedia maklum, semalam kerajaan telah membuka permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi Kategori 2 kepada semua ahli yang terjejas pendapatan akibat penularan Covid-19.

Namun, kini dilihat ramai pihak tidak bertanggungjawab menunggu peluang untuk mengambil kesempatan atas kesulitan orang ramai!

Jika sebelum ini pihak terbabit menawarkan pelbagai aplikasi atas talian pengeluaran wang akaun KWSP, kali ini modusnya berbeza pula.

Hari ini, tular di laman sosial foto iklan Permohonan i-Sinar Kategori 3 dibuka pada 13 Januari 2020.

Bagaimanapun, KWSP tampil mengesahkan itu adalah PALSU! Berwaspada dengan informasi berkenaan.

KWSP juga mengingatkan ahlinya, Permohonan i-Sinar Kategori 3 tidak pernah wujud.

“Dapatkan informasi sahih berkenaan i-Sinar yang dikemas kini dari semasa ke semasa melalui i-Sinar Online dan media sosial rasmi KWSP.

AWAS! Itu semua palsu dan merupakan sindiket licik pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menipu dan mengaut keuntungan dengan cara mudah.

Sumber : SINAR+ / transformasipw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *