OH Trending

Video: “Awak merajuk ke sembahyang?” – Bapa bebel, anak merajuk tak dapat makan daging

Biasanya, membebel ni dikaitkan dengan para ibu.

Tidak kiralah apa perkara sekalipun, jika dilihat salah atau tidak betul, pasti ada sahaja yang nak dibebelkan.

Selalunya yang jadi mangsa sama ada anak atau suami.

Namun, sebaliknya pula yang terjadi dalam kisah ini.

Pelakon, Fikry Ibrahim ada berkongsi satu video mempamerkan gelagat seorang bapa ‘membebel’ pada anaknya.

Ia menerusi sebuah posting video di laman Twitter.

Dalam video itu, kelihatan si bapa sedang menjamu selera sambil mulutnya tidak berhenti membebel kepada anaknya di sebelah.

Dia berdiri tegak dengan mimik muka masam mencuka, muncung tajam dan mata merenung ke lantai.

“Papa tegur awak sebab papa sayang, tak bolehlah macam ni tegur sikit merajuk, tegur sikit merajuk.

Dah daging tu keras, awak punya gigi dua batang depan tu dah hilang.

“Lagi awak nak mengunyah. Awak mengunyah pun tak betul lagi lepas tu awak nak makan daging macam orang besar,” kata si bapa.

Oh, rupa-rupanya si ayah membebel kepada anaknya yang sedang merajuk hanya kerana tidak dibenarkan makan daging.

Menurut percakapan bapanya, anak kecil itu kehilangan gigi hadapan sebanyak dua batang dan masih belum boleh mengunyah dengan baik.

Namun begitu, dia tetap berdegil mahu makan daging dan apabila dilarang, dia pun merajuk.

Apa lagi, bapanya yang risau terus menegur sehingga membuatkan anak berusia dua tahun itu merajuk.

Betul juga tindakan si bapa, daging kan ‘liat’. Anak pun baru umur dua tahun, nak mengunyah pun belum pandai lagi.

Jadi, ibu bapa mana yang tidak risau buatnya anak tercekik nanti. Nauzubillah!

Bagaimanapun, apa yang lebih mencuit hati warganet adalah tatkala si bapa bertanya kepada anaknya itu:

“Awak merajuk ke awak tengah sembahyang?” ujar si bapa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian Fikry terbabit.

Ramai juga yang memuji kecomelan gelagat anak-beranak berkenaan.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Jarang betul bapa bebel ni! Comel sangat lihat gelagat mereka.

Harap-harap si anak itu dengar cakap bapa. Apa pun ingat, tegur sebab sayang tau.

Tonton Video

Sumber: Twitter Fikry Ibrahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *