OH Trending

“Saya sedih sebab saya ada nenek yang kurang sihat di kampung..” Fazura Kecewa Public Figure Tak bg Contoh yg Baik

Berikutan kes Covid-19 yang masih mencecah empat angka, pelakon Fazura mengakui bimbang dengan situasi tersebut.

Ini apatah lagi mempunyai anak kecil Nur Fatima Aisya yang baru mencecah usia enam bulan.

Namun, syarat tersebut dilonggarkan bagi mereka yang mempunyai urusan kerja atau kes kecemasan selepas meminta kebenaran pihak polis di lokasi masing-masing.

Terbaru, tindakan pelakon popular Fazura yang memberi komen mengenai ‘rentas negeri’ menerusi program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) malam tadi mengundang perhatian warganet di laman Twitter.

Menerusi perkongsian @farhanzulkefly, Fazura yang menjadi salah seorang juri memberikan komen kepada kumpulan UNI yang dianggotai Atu Zero, Fad Bocey dan Fakhrul UNIC berdasarkan persembahan mereka.

“…sampai seludup mak bapa. Kita kenalah mematuhi peraturan daripada kerajaan, ikut prosedur operasi standard (SOP) kan. Tak boleh rentas, jangan rentas,” katanya.

Bagaimanapun, ada pula segelintir netizen mempersoalkan adakah itu komen bersifat umum selain mendakwa mungkin terdapat unsur sindiran kepada individu tertentu.

Malah ada juga memuji tindakan Fazura, sebagai ‘public figure’ yang mempunyai pengaruh besar.

Sekali gus dapat menasihati dan mengingatkan penonton mengenai pematuhan terhadap SOP.

Program MLS disiarkan secara langsung setiap Jumaat, jam 9 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) melalui Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

Menerusi temubual eksklusif portal Oi, Jom! semalam, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin itu cuba mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan sebaiknya sepanjang masa.

“Fatima pun tak pernah lagi saya bawa keluar kemana-mana pusat beli belah.

Saya nak keluar pun saya akan fikir anak apatah lagi nak bawa dia keluar, sangat menyeramkan,” katanya.

Menurut pelakon filem Ayat-Ayat Cinta 2 itu, dia yakin dengan usaha kerajaan dalam menangani wabak pandemik berkenaan.

Ini setelah pelbagai pelaksanaan dilakukan sejak tahun lalu.

“Saya sedih sebab saya mempunyai nenek yang kurang sihat di kampung tetapi saya tidak dapat berjumpa dengannya sudah berbulan-bulan.

Tetapi saya akur dengan SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Kalau dilaksananakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), nanti banyak perkara yang akan terjejas.

Tapi bila diberikan kelonggaran, kita langgar pula kelonggaran itu,” ujarnya.

Tambah isteri kepada aktor Fattah Amin itu, ‘public figure’ juga memainkan peranan dengan memberikan contoh yang baik kepada orang awam dalam mematuhi SOP.

“Peraturan nombor satu, kita perlu menjadi seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

Kedua, sebagai seorang ‘public figure’ kita perlu bagi contoh yang baik…

“…dan menggalakkan orang ramai untuk mematuhi SOP supaya membantu negara kita bebas dari jangkitan Covid-19,” katanya.

Sumber: Oi, Jom!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *