OH Trending

Akhirnya H0tFM Beritahu Keputusan yg Di Ambil Terhadap Shuk Sahar Slps Siasatan Dalaman Dibuat

Beberapa minggu lalu hangat diperkatakan kontroversi mengenai pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar.

Ini apabila isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan kecurangannya di media sosial.

Shuk membuat kejutan apabila melakukan live Instagram menghantar rombongan ‘meminang’ isterinya sekali lagi.

Pada awalnya, Shuk yang lengkap memakai baju pengantin meminta izin daripada izinnya untuk berkahwin.

Suasana tiba-tiba menjadi panik dan masing-masing yang berada bersama Rossalennah ketika itu turut terkejut dengan permintaan pelawak tersebut.

Namun, rupanya Shuk lengkap berbaju pengantin itu untuk pulang ke rumah dan bertemu isterinya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Shuk ada memuat naik status daripada mereka yang mendoakan rumah tangganya kembali pulih.

Mereka juga berharap pelawak itu diberi kekuatan dan kesabaran untuk memujuk hati isterinya.

Sudah Berbaik Dengan Isteri, Shuk Masih Digantung Tugas Disebabkan Perkara ini

Terdahulu, Shuk ada berkongsi video di Instagram bertemu anak-anaknya dan  mengaku kesilapan diri.

Katanya, apa yang berlaku dalam hidup dan keluarganya ketika ini adalah berpunca daripada kesilapan sendiri.

Akhirnya H0tFM Beritahu Keputusan yg Di Ambil Terhadap Shuk Sahar Slps Siasatan Dalaman Dibuat

Krisis rumah tangga dan lsu c.urang melibatkan penyampai radio Hot FM iaitu Shuk Sahar akhirnya memakan diri.

Ini apabila siasatan dalaman pihak pengurusan stesen itu mendapati dia bersalah.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim, keputusan itu dicapai selepas siasatan dalaman syarikat mendapati Shuk telah melanggar kontrak dan terma perjanjian.

“Kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM ditamatkan berkuatkuasa hari ini.

“Selepas selesai si.asatan dalaman mendapati berlakunya pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk.

Ia seperti yang sudah dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatannya sebagai penyampai radio Hot FM.

“Shuk juga telah dimaklumkan mengenai hal ini,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Pada 24 Januari lalu, kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung sementara.

Ini bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman yang terperinci berhubung lsu rumah tangganya yang tular di media sosial.

Pada Isnin lalu, Hot FM mengumumkan penyanyi dan pelakon Mark Adam merupakan penyampai baharu segmen GPH.

Mark bergandingan bersama seorang lagi penyampai iaitu Fizie bagi memeriahkan GPH selepas pengunduran Shuib pada hujung Januari lalu.

Dalam pada itu, Anida berkata pemilihan Mark Adam sebagai penyampai GPH dapat memberikan nafas baharu kepada stesen radio berkenaan.

“Selepas Shuib beru.ndur dari Hot FM, kami sudah merancang untuk memberi ‘facelift’ kepada GPH dengan kemasukan Mark Adam.

“Reputasi Mark sebagai penghibur yang versatil memberikan nafas segar untuk segmen GPH.

Harapan kami agar para pendengar akan terus menyokong Hot FM dan kami menjanjikan pengisian yang terbaik buat semua khususnya pendengar setia Hot FM,” ujarnya.

GPH bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi.

Shuk terpalit dengan ko.ntroversi selepas tersebarnya video dia berlaku cvrang terhadap isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah dan didakwa mempunyai h.ubungan dengan wanita lain.

Kredit : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *