Connect with us

OH Trending

“Saya dah hilang segalanya..” Slps 32 Thn Terlibat KemaIangan Ngeri, Keadaan Zaiton Sameon Kini Amat Mengejutkan

Published

on

PENYANYI Zaiton Sameon kini pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

RAKAMAN PENUH KEADAAN TERKINI ZAITON SAMEON ADA DI BAWAH SEKALI

Pengarah JKM Wilayah Persekutuan, Che Samsuzuki Che Noh berkata, Zaiton menerima kelayakan bagi OKU fizikal selepas disahkan doktor mengalami keadaan dipanggil traumatic brain injuries atau trauma kecederaan otak.

“Status OKU bukan hanya diberikan kepada individu yang mempunyai kecacatan fizikal malah sesiapa yang mempunyai masalah ingatan juga boleh memohon.

Dalam pada itu, Zaiton, 66, bersyukur menerima kad berkenaan kerana ia membolehkannya memohon bagi mendapatkan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR).

Ketika ini kata penyanyi lagu Menaruh Harapan itu, dia terpaksa membayar sewa rumah sebanyak RM800 di Bukit Indah, Ampang dan sukar memohon kediaman PPR ekoran tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Sebelum ini saya ada mohon rumah PPR tapi gagal atas alasan tiada pendapatan tetap. Sedih orang lain dapat tapi saya tak.

“Mentang-mentanglah saya ‘cacat otak’ ada orang pandang serong sampai kata saya tak boleh menyanyi. Itu semua tak benar sebab lagu Inggeris punya saya boleh menyanyi dengan baik.

“Alhamdulillah, dengan adanya kad ini, saya berpeluang memohon PPR dan mempunyai rumah sendiri,” katanya.

Berkongsi mengenai keadaan dirinya, Zaiton bersyukur kerana dia dijaga baik oleh anak angkatnya, Che Sikah Ismail, 50 sejak 11 tahun lalu.

Mengakui dirinya kini sudah tidak mempunyai siapa-siapa dan enggan membebankan adik-beradik lain, Zaiton lebih selesa tinggal bersama anak angkatnya itu.

“Saya sudah hilang semuanya… Saya tiada rumah, tiada harta, tiada anak dan ibu bapa. Walaupun saya mempunyai adik-beradik, tetapi saya tidak mahu menganggu mereka.

“Kini saya tinggal bersama anak angkat. Kami bertemu pada 2010 di Johor Bahru ketika saya menyanyi di sebuah restoran. Kebetulan, Ikah juga anak yatim piatu, jadi dia memanggil saya ibu,” jelasnya.

Malah segala kebajikan dan urusan undangan nyanyian turut diuruskan oleh Che Sikah bagi pihaknya.

Tidak hanya itu, Zaiton kini giat menjalankan perniagaan ‘Rendang Nasib’ bagi menjana pendapat sampingan.

“Alhamdulillah dengan berniaga ini dapatlah saya sedikit pendapatan bagi menampung keperluan harian,” ujarnya.

Sumber Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca tu amalan mulia