Connect with us

OH Trending

Tidak Mahu Lagi Berselindung, Shuib Akhirnya Mengaku dan Mohon Doa Agar Dipermudahkan

Published

on

Baru-baru ini, foto pelawak Shuib Sepahtu bersama anak-anak menjadi perhatian ramai apabila netizen ternampak kelibat seorang wanita dipercayai bersama dengan mereka.

Memetik mStar Online, Shuib mengakui sedang berkawan rapat dengan wanita tersebut yang merupakan seorang usahawan serta memohon peminat mendoakan yang baik-baik.

“Kalau saya bergambar dengan mana-mana wanita, ada sahaja diperkatakan. Jika ia seperti yang diperkatakan, maka itulah sebenarnya.

Apa boleh saya cakap sekarang ini sedang berkawan. Kalau dia boleh menjadi jodoh saya, apa salahnya? Doakanlah saya,” katanya.

Sebelum ini, menerusi gambar yang tular itu apa yang menjadi perhatian netizen adalah pantulan seorang wanita merakamkan gambar Shuib bersama anak-anak dipercayai usahawan bernama Watie Hanifiah yang pernah heboh diperkatakan.

Dalam pada itu, Shuib berkata dia lebih mengutamakan mengenai anak-anaknya terlebih dahulu berbanding untuk dirinya mencari teman hidup.

“Sekarang ini saya lebih fikirkan kepentingan anak-anak. Sebagai bapa saya tahu apa yang kurang.

Mereka perlukan kasih sayang dan sentuhan seorang wanita. Kalau orang ini boleh berikan perkara tersebut, tidak salah untuk saya cuba berkawan.

“Taku nak bercakap panjang soal jodoh, jadi saya serahkan kepada ketentuan Allah. Tetapi saya juga perlu berusaha ke arah itu,” katanya.

RK

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca tu amalan mulia